Wednesday, January 25, 2023

Anda berada di Kampung Hutan Temin, Mata Ayer, Perlis



Nama kampung yang menempatkan KTH Homestay & Chalet ini ialah kampung Hutan Temin dan ianya berada di dalam Mukim Ngulang. Walaupun kedudukannya di belakang Sekolah Kebangsaan Oran, namun ia bukan berada di dalam Mukim Kampung Oran.

Kampung Hutan Temin ini diambil daripada nama pokok asal yang banyak di kampung ini suatu ketika dahulu, iaitu pokok temin. Pokok temin ialah sejenis pokok renek yang berduri, ianya sangat menyusahkan penduduk yang ingin membersihkan tanah sekeliling untuk dibuat penempatan dan juga pertanian. 

Pokok ini berduri tajam dan tahan dengan keadaan tanah laterit merah yang keras dan kering. Menurut orang2 tua di kampung ini, buah pokok temin boleh dimakan dan menjadi kegemaran burung. Jika pengunjung ingin melihat pokok temin, pihak KTH Homestay & Chalet ada menanam pokok ini di dalam pasu besar di gazebo kawasan parkir kenderaan tetamu. 

MENGINAP DI PERLIS DAN MENEROKA PANORAMA PERLIS (KLIK)


Pokok temin sebagai mercu di jalan masuk ke KTH Homestay & Chalet.



Buah temin yang kecil-kecil tersorok di celah rantingnya yang berduri.

Buah temin yang matang, kelihatan putih

Rasanya lemak manis

Buah temin mempunyai selaput.

Buah temin yang berjaya dikutip.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...