Bagi tetamu KTH Homestay & Chalet yang menginap dan ingin merasai menu authentic daripada Mata Ayer, anda boleh lah datang ke Warung Ida ini yang terletak di kampung sebelah, iaitu kampung Oran.
Menu yang dimaksudkan ialah Bihun Sup Pak Uih. Menu rare yang lain ialah masakan belut seperti Sup Belut, Belut Goreng Kunyit, Belut Padprik, Sup Kambing dan lain-lain lagi. Warung Ida ini terletak di tepi jalan dan dibuka bermula selepas asar sehingga jam 12 tengah malam.
Bagi pengkisahan Bihun Sup Pak Uih, ianya sangat terkenal di Mata Ayer ini. Bihun ini dimulakan oleh Pak Darus, atau terkenal dengan nama panggilan orang kampung sebagai Pak Uih yang berniaga bihun ini sekitar tahun 80an sehingga lewat 90an di Pekan Pokok Petai atau orang luar lebih mengenalinya sebagai Pekan Mata Ayer. Legasi Bihun Uih ini sekarang menjadi terkenal sebagai menu istimewa bagi penduduk sekitar Mata Ayer. Ianya juga boleh didapti di Nat Mata Ayer (Pasar pagi ahad di Pasar Peladang Mata Ayer), di Warung Pak Man Sate (Pokok Petai) dan di 2 tempat di Kampung Oran (termasuk Warung Ida ini).
Lokasi Warung (Klik)
Untuk menginap di Perlis (klik)
![]() |
Antara menu yang rare |
![]() |
Sup belut, bagi penggemar belut, ianya sangat menyelerakan. |
No comments:
Post a Comment