Monday, October 31, 2011

Pelajar Politeknik bermalam di rumah tetamu Kg Hutan Temin

Bas Politeknik Ungku Omar, Ipoh diparkir di hadapan Masjid As-syakirin Oran pada pagi Ahad untuk mengelakkan kesesakan di pasar pagi minggu Mata Ayer.


Bersiar2 di sekitar kampung dan merasai suasana ketenangan di kampung.


Sesi menunggu kawan-kawan


Acara sukaneka pada sebelah malam.


Sebelum sukaneka, ada aktiviti barbeque... bahan2 dibeli dari pasar berdekatan pada siangnya.


Sesudah makan, taklimat diberikan oleh En. Fareq selaku ketua rombongan.


Pada sebelah petangnya, aktiviti bersiar2 di tepian tali-air dan sawah di belakang kampung.


Ikan puyu yang berjaya dikail. Kebanyakan ahli rombongan dapat merasai pengalaman pertama mengail di sawah.




Berteduh dibawah pokok durian sambil menunggu rakan2 yang lain menaiki bas untuk ke Taman Ular, Sungai Batu Pahat.



Asalkan tiada program, tidak melepaskan keseronokan mengail.



Sesiapa pun boleh dapat ikan, asalkan sabar menunggu dan kena tekniknya.... hmm.. sebenarnya takde teknik pun boleh mengena umpan kail tu...


Boleh tahan juga hasil memancing tu... ada peserta yang dapat seekor ikan marble goby (kerapu air tawar), tapi masih kecil lagi. Kalau besar boleh jual kat restoran cina, mahal tuu...


Bas diparkir dalam kawasan kampung.

Masjid Terapung Terindah di Selat Melaka

Masjid al-Hussain, Kuala Perlis menjadi mercu tanda baru di Pekan Kuala Perlis. Ianya didekorasikan dengan perancangan yang teliti.
Berhampirannya terdapat sebuah pelantar dan menara peninjau untuk pengunjung merakamkan saat2 indah berlatarkan masjid al-Hussain ini.



Jalan masuk ke dalam masjid, sebelah kirinya dilengkapi dengan perpustakaan dan pejabat pentadbiran.



Pandangan dari Masjid, Jeti feri Kuala Perlis-Langkawi. Tiada alasan bagi yang tidak sempat bersolat fardhu di Masjid.




Pintu pagar masjid yang sangat dekat dengan Jeti membolehkan para musafir berehat sebelum meneruskan perjalanan sama ada dari Pulau Langkawi mahupun ke Pulau Langkawi.



Pemandangan yang indah ini dirakamkan pada waktu Dhuha lebih kurang jam 10 pagi, lihatlah langit membiru tanpa awan, kelihatan pulau Langkawi disebelah kiri dan Pulau Brasmana, Thailand sebelah kanan (dahulunya wilayah Malaysia)



Lagi pemandangan masjid berlatarkan kepulauan Pulau Langkawi.



Inilah menara masjid yang boleh menjadi panduan kepada pelaut kerana ia akan bercahaya di waktu malam dengan cahaya yang berlainan menandakan waktu Maghrib, Isya dan Subuh.



'Foundation' masjid yang betul2 dibina di atas laut. Apabila bersolat, pengunjung boleh melihat laut kerana arah kiblatnya memang menghadap laut. Suasana akan lebih cantik ketika air laut pasang.


Tempat mengambil wudhu', airnya dialir terus ke laut.


Namun jangan dilupa dengan Masjid Kuala Perlis yang lama. Jaraknya lebih kurang 6 km dari masjid baru Al-Hussain.

Tuesday, October 18, 2011

Suasana Nat Wang Kelian, Pekan sehari antara 2 negara

Nat Wang Kelian, menjadi tarikan penduduk 2 buah negara sejak pintu sempadan dibuka pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Pengunjung boleh melintasi sempadan antarabangsa tanpa pasport dalam radius 1 km dari sempadan. Pasar ini bermula dari pagi Sabtu dan berlarutan sehingga hari Ahad. Klik

Mercu tanda menanti pengunjung

Jalan nak ke Wang Kelian agak mencabar, tetapi tak jauh pun. Pengunjung kena berhati-hati dengan kenderaan penyeludup minyak yang dipandu laju untuk mengejar trip. Disini boleh perhatikan gelagat penyeludup minyak, mudah untuk dikenali...

Kedai bebas cukai, tapi tak semeriah kedai bebas cukai di Bukit Kayu Hitam dan Padang Besar.

Sempadan Malaysia Thailand, pondok imigresen di depan.

Pengunjung akan berjalan kaki melintasi sempadan antarabangsa ke Thailand.

Gerai menjual toto, comforter dan lain2. Menjadi kegemaran pengunjung dari Malaysia untuk membeli toto dengan harga murah.

Perkhidmatan membawa barang pun ada, kelihatan dalam gambar, pelancong dari Thai membeli barangan Malaysia (biasanya barang2 elektronik, dalam gambar motosikal elektrik untuk kanak2) menggunakan perkhidmatan mengangkut barang oleh penduduk tempatan.

Urusan di pejabat imigresen, agak sibuk pada pagi ahad.

Buah mangga 'siku raja' terkenal di kalangan penduduk tempatan Selatan Thai dan Utara Malaysia, sedap dan rapuh kalau dibuat cicah kuah rojak.

Papan tanda check point antarabangsa antara dua negara.

Pandangan dari pusat pemeriksaan imigresen ke arah Thailand, melalui jalan ni, pengunjung boleh terus ke Satun dan Phuket (jalan 'shortcut' berbanding Bukit Kayu Hitam dan Padang Besar).

Peta wilayah selatan Thai dipamerkan untuk memudahkan pengunjung yang mungkin hendak melanjutkan perjalanan ke tempat2 menarik di Thailand.


Pusat pemeriksaan pasport Malaysia, disediakan surau dan bilik air untuk kemudahan pelancong dan pegawai2 imigresen.

Antara barangan yang dijual, ikan bilis, udang kering dan gula dari pokok thai. Blogger biasanya beli gula gerek(panggilan penduduk tempatan) ini, baik untuk menggantikan gula putih yang boleh menyebabkan diabetes.

Makanan kering yang banyak dijual, namun hati2 untuk lihat tanda halal.

Ramai juga orang Islam Thai yang berniaga di sini. Antara buah-buahan dari Thai, buah mata kucing, laici, salak dan lain-lain (mengikut musim)

Saturday, October 15, 2011

Tetamu dari Indonesia


Sempena istiadat konvokesyen UUM ke 24 baru2 ini. Rangkaian homestay Mata Ayer Agri Ent. menerima tetamu dikalangan graduan UUM dan ahli keluarga mereka.

Tetamu yang istimewa pada majlis tersebut ialah En. Yudha dan keluarga dari Jawa Tengah dan En. Andhoko dari Cilacap, Indonesia. Mereka datang dengan dua buah van besar yang disewa di Sungai Petani, yang mana van tersebut menjemput mereka di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Bermalam selama 2 malam di Perlis, mereka sempat melancong ke Hatyai, Thailand. Kehadiran ke konvokesyen UUM tersebut memberi peluang kepad mereka untuk melancong ke dua buah negara sekaligus, iaitu Malaysia dan Thailand. Inilah kelebihan melancong ke negeri yang bersempadan antarabangsa.

Tetamu pelajar sekolah dari Kota Tinggi, Johor dan Setiu, Terengganu.

Pada 15 Oktober yang lalu, rangkaian rumah tetamu Mata Ayer Agri Ent. telah menerima tetamu dari Kota Tinggi, Johor dan Setiu, Terengganu. Seramai lebih kurang 80 orang pelajar dan guru pengiring dari SMK Sri Aman, Kota Tinggi, Johor menginap di 4 unit rumah tetamu di Taman Sri Lanchang, Jejawi, Mata Ayer. Rumah tetamu yang terlibat MAH 4 bilik RM280, AWARA 3 bilik RM180, SLHA 3 bilik RM180 dan SLHB 3 bilik RM180, dengan kos keseluruhan RM820, atau lebih kurang RM10.25 untuk setiap tetamu.

Sementara itu, KTHA 2 bilik RM110 dan KTHB RM140 menerima tetamu dari SMK Agama Setiu, Terengganu. Mereka terdiri daripada pelajar tingkatan 3 yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan PMR.


Tempat parkir bas yang mudah menjadi pilihan.


Sebahagian ahli rombongan menginap di Sri Lanchang Homestay A & B, manakala yang lain menginap di AWARA dan MAH di blok depan.


Ahli rombongan bergerak menuju ke rumah2 penginapan.

Pelajar SMK Sri Aman sempat diberi tunjuk ajar mengail ikan puyu oleh Kak Kaki Pancing di kalangan penduduk tempatan.


Keriangan terpancar apabila umpan sudah mengena. Salah seorang Kak Kaki Pancing yang menjadikan aktiviti mengail puyu sebagai aktiviti masa lapang setiap petang.



Kakak2 ni dah ada persiapan yang rapi, siap dengan sarung tangan untuk pegang ikan puyu yang berduri tu..

"Kami pun nak cuba memancing jugak...," pelajar SMK Sri Aman Kota Tinggi.


Bas rombongan dari SMK Agama Setiu, Terengganu di parkir di halaman homestay KTH yang luas.


Bas diparkir dialih terlebih dahulu untuk mudah keluar nanti.


Pelajar SMK Agama Setiu sempat bersiar2 sambil mengayuh basikal mengelilingi kampung dan membeli keperluan di kedai runcit di depan homestay KTH.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...