Wednesday, March 15, 2023

Nira Klasik, Simpang Empat, Perlis

Restoran Nira Klasik di Simpang Empat ini adalah destinasi wajib bagi pengunjng ke Perlis. Pengunjung bukan sekadar dapat menikmati air nira nipah, pelbagai menu disediakan dan pengunjung juga boleh menyewa perahu kecil untuk dikayuh bersama keluarga di kawasan air sekiling pohon nipah. 








 

Restoran Port D'Lepak, bersantai tepi laut.

Restoran Port D'Lepak terletak di tepi laut. di Kampung Sungai Berembang, Kuala Sungai Baru, Perlis atau boleh klik  

Pengunjung dapat menikmati juadah makanan laut yang simple sambil bersantai mendengar deruan ombak dan angin laut. Dari situ, pengunjung juga boleh melihat Pulau Langkawi dan Pulau Batu Layang. Pemandangan perkampungan nelayan Kuala Sungai Baru juga jelas kelihatan dengan aktiviti kanak2 yang bermain air laut dan mencari siput dan ketam. Pengunjung ke sini dapat merasai suasana tersebut dengan santai sambil menikmati juadah yang dihidangkan.


Sunset di Port D'Lepak.


Menu Bawal Goreng panas.

Kelihatan Pulau Batu Layang di tengah laut. 



Menu sotong bakar


Antara menu yang ditawarkan

 

Thursday, March 2, 2023

SEJARAH MATA AYER, PERLIS

Pekan Mata Ayer atau dikenali sebagai 'Pekan Pokok Petai' oleh penduduk tempatan.

 

Pelbagai kemudahan terdapat di Pekan Mata Ayer, termasuklah kedai 24 jam, 7 Eleven.

MENGINAP DI PERLIS DAN BERSIAR-SIAR DI MATA AYER (KLIK)

Sumber daripada

https://mataayer09.blogspot.com/2017/07/mata-ayer-perlis.html?sc=1677771925320#c2641972148446903617

Pekan Mata Ayer(مات ايير) atau lebih dikelani sebagai “ Mata Ayaq” oleh penduduk sekitar kawasan ini dan seluruh negeri Perlis. Bagaimana Mata Ayer mendapat nama? Mata Ayer mendapat nama daripada banyaknnya penemuan mata air-mata air semula jadi di sekitar kawasan ini. Menurut beberapa orang penduduk disini, kawasan-kawasan rendah di sekitar ini bila dikorek akan mengeluarkan mata air semlua jadi yang banyak[1]. Kawasan Mata Ayer ini terletak di bahagian tengah negeri Perlis iaitu berada di hujung Kawasan Parlimen Padang Besar berdekatan dengan kawasan Parlimen Arau iaitu Alor Ara timur dan Jejawi. Mata Ayer juga merupakan kawasan yang agak pesat membangun dan jarak dari Mata Ayer ke Bandar Kangar kira-kira 8 hingga 10 kilometer sahaja. Manakala jarak antara Maya Ayer untuk ke Bandar Padang Besar kiri-kira 25 hingga 27 kilometer sahaja . Namun jika mengikut ukuran atau peringan Dewan Undangan Negeri Mata Ayer merangkumi dari jalan Jejawi Utan Buluh(traffic Light Jawi Utan Buluh Atau Oran) hingga ke Lampu Isyarat simpang Tiga Dato Kayaman( Kawasan Barat Mata Ayer), Jalan Bukit Ngulang-Santan( Masjid Ngulang hingga ke Dewan Santan(Timur Mata Ayer). Manakala Kawsan tengah pula merangkumi Jalan Mata Ayer iaitu dari rumah Cikgu Salleh (sebelum Masjid As-Syakirin Oran hinggalah sampai ke Kilang Simen di Chuping. Akhir  sekali ialah kawasan Timur bermula dari Jalan Padang Nyu-Guar Nangka iaitu dari Jalan Padang Nyu hingga Kampung Baru Guar Nagka ( Koreksional).[2]

Keistimewaan pekan Mata Ayer ini ialah mepunyai banyak kedai-kedai runcit lama dan pelbagai kampung yang sangat unik namanya. Kawasan Mata Ayer juga mempunyai banyak Masjid dan pusat pengajian antaranya Masjid As-Syakirin Oran, Masjid Al Munawwarah Mata Ayer, Masjid Al-Islah Ngulang  , Masjid Assobirin Gial dan  Masjid Ibnu Sina Kampung Perawah Dato’ Kayaman. Manakala sekolah pula terdiri daripada Sekolah Kebangsaan Oran, Sekolah Kebangsaan Chuping , Sekolah Kebangsaan Dato Kayaman , Sekolah Kebangsaan Guar nagka ,Sekolah Menengah Kebangsaan Mata Ayer(Sekolah Baharu) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Nangka (Sekolah Baharu). Poskod untuk Kawasan Mata Ayer ini adalah bernombor 02500.

 Dalam buku ini akan memaparkan pelbagai mukim, kampung, tokoh (Dato’ Habib), kawasan pekan Get Mata Ayer ( dalam kenangan) , Perkembangan Masjid dan sekolah malah melihat perkembangan sosio ekonomi yang berlaku  dalam kawasan Mata Ayer  dari awal 2000 hingga 2010.

 



 

[1] Temu Bual secara dalam talian bersama Encik Amiruddin Bin Abu Bakar , Setiausaha Masjid As-Syakirin,Oran, Jam 6.38 pagi 19 Jun 2016.

[2] Temu Bual Secara Dalam Talian Bersama Yang Berhormat Cikgu Kahiri Bin Hassan , Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Mata Ayer, Jam 12.17 Tengah Hari 19 Jun 2016

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...