Tuesday, January 3, 2023

Ole2 dari Perlis - Garam belacan

 Garam belacan amat sinonim di negeri2 bahagian utara semenanjung, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Gara belacan berbeza dengan kuah rojak yang mudah didapati di pasaran. BAgi orang-orang Perlis dan Kedah, aktiviti mencicah garam belacan sangat digemari terutamanya anak-anak gadis ketika adanya buah mangga sala muda, buah amra, buah setoi atau buah jambu. 

Kepada pengunjung ke Perlis, anda boleh dapatkan Garam Belacan PKP keluaran En Saifol Zairy yang merupakan seorang aktivis pelancongan Negeri Perlis. Beliau mengusahakan garam belacan ini sejak PKP dan mengambil nama sempena PKP sebagai kenangan kepada semua rakyat Malaysia dalam menghadapi cabaran Covid-19 tempoh hari. Reception KTH Homestay & Chalet ada jual produk istimewa ini.

JIka anda ingin buat sendiri garam belacan, cubalah resepi garam belacan ini:-


Bahan-bahan :

2 atau 3 biji cili besar

2 -3 biji cili api

2 sudu besar belacan

1/2 cawan kicap 

2 sudu besar gula / gula kabung


Cara penyediaan :


  • Masukkan belacan, cili besar dan cili padi serta garam dalam lesung, tumbuk sampai lumat, keluarkan masukkan dalam mangkuk. Kalau guna gula kabung, boleh tumbuk sekali


  • Masukkan kicap dan gaul rata dan kemudian masukkan gula putih, kacau hingga sebati.


  • Kalau nak tambah kicap, terpulang dan ikut selera masing-masing. 



    Buah mangga muda dicicah dengan garam belacan... memang sedap







    No comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...