Kedei Manok Tunok atau dalam bahasa melayunya Kedai Ayam Panggang terletak di persimpangan jalan lama Changlun dan Highway Kuala Perlis ke Changlun, Kedah. Kedai yang telah dimulakan sejak tahun 2004 mengekalkan menu tradisi orang Iban, Sarawak iaitu Pansuh (sup yang dimasak di dalam buluh) dan Manok Tunok (ayam panggang).
PENGINAPAN MURAH, SELESA + KOLAM RENANG - KLIK SINI
|
Mudah kelihatan dari jalan besar. |
|
Mak Tam yang peramah dan sentiasa ceria sudi melayan pelanggan. |
Pengurus dan pemilik bersama yang hanya mahu dikenali sebagai Maktam sudi berkongsi serba sedikit tentang menu masakan yang unik ini. Antaranya masakan sup atau 'pansuh' yang dimasak di dalam buluh, memerlukan sekurang-kurangnya 2 sehingga 3 jam, 'Manok Tunok' atau ayam panggang menggunakan kayu cenerai dan bukannya menggunakan arang. Oleh kerana itu, pengunjung yang hendak menikmati Pansuh ayam atau daging kena datang jam 12 tengah hari ke atas. Restoran ini memulakan operasi dari jam 10 pagi seingga 5 petang setiap hari.
|
Ayam panggang dan pansuh @sup buluh yang dimasak bersebelahan. |
|
Kayu api dari pokok cenerai |
|
Ayam disalai dengan asap kayu cenerai. |
Bagi pengunjung yang datang awal, mereka bolehlah menikmati nasi ayam yang menggunakan ayam yang dipanggang dan disalai dengan menggunakan kayu cenerai yang dibeli khas dari pembekal kayu-kayu hutan dari daerah lain. Masakan pansuh juga menggunakan buluh hutan yang lebih tebal.
|
Pansuh daging yang sedap dan sedikit pedas. |
|
MAnok Tunok atau ayam panggang kayu api, sangat menyelerakan. |
Menurut Maktam lagi keunikan masakan pansuh ini tidak terdapat di tempat lain di semenanjung Malaysia kecuali ada sebuah restoran yang menghidangkan menu yang lebih kurang sama di Dengkil, Selangor.
Review dari lama lain.. http://ataspagar-ataspagar.blogspot.com/2012/01/ayam-yang-sedap-kedei-manok-tunok.html
No comments:
Post a Comment