Monday, July 19, 2010

Kampung Hutan Temin Guesthouse (KTHB)

Kolam renang dan pondok wakaf tradisional khas untuk tetamu.

Jalan masuk ke homestay Kg Hutan Temin B


Rumah tetamu Kampung Hutan Temin, Mata Ayer menjadi ahli baru dalam kumpulan homestayperlis.blogspot.com. Rumah kayu yang dicantikkan dengan warna cat dan lampu unik sesuai untuk dijadikan rumah persinggahan bagi mereka yang belum pernah tinggal di rumah kayu seperti di kampung. Suasana kampung dan berdekatan dengan sawah padi merupakan kelebihan kepada tetamu rumah ini. Terdapat kedai runcit dan kedai makan yang menjual laksa, mee rebus dan bihun sup berdekatan dengannya.

Lokasinya juga strategik, iaitu di belakang Nat Mata Ayer, dekat dengan restoran terkenal Pokok Sawa, berdekatan dengan Uitm Arau, Pusat Matrikulasi, IPG Kangar, Kolej jururawat Murni, Unimap dll. Hanya 15 minit ke bandar Kangar, 10 minit ke Arau, 30 minit ke Padang Besar dan 20 minit ke Kuala Perlis. 5 minit ke pusat rekreasi Tasik Melati.

Lagi tempat yang menarik di Perlis
Kemudahan: 3 buah bilik (2 buah berhawa dingin) yang terdiri daripada 7 buah katil bujang, toto disediakan. 2 buah bilik air. Ada mesin basuh automatik, kettle, iron, TV dll
Kadar sewa hanya: RM60 - RM140(maksima) semalam

RM60 - 1 bilik biasa tingkat bawah sahaja + ruang tamu & dapur.
Sewa bulanan tidak melebihi 3 bulan : RM1500 sebulan

Pandangan depan

Suasana depan rumah

Ruang dapur dan tangga naik ke atas


Bilik 1 aras bawah

Ruang tamu tingkat atas

Bilik 2 tingkat atas (berhawa dingin)


Bilik 3 tingkat atas (berhawa dingin)

Ruang tamu berkonsepkan English deco.
Dapur dihiasi dengan jubin bercirikan folk-art

'key-box' di depan rumah bercorak vintage

Mesin basuh dan 2 buah bilik air


Monday, July 5, 2010

Suasana malam di Kampung Hutan Temin A dan B

Papan tanda dengan konsep folk-craft, seadanya buatan sendiri.
Kumbang 'lady bird' menghiasi papan tanda, menjadi tarikan kepada kanak2 yang lalu lalang.

KTH B - diterangan lampu spotlight

Lampu spotlight yang dipasang di atas pokok durian dan pokok jambu air.

Papan tanda di tepi jalan kampung.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...