Friday, May 18, 2012

Kuala Perlis the happening moment by the sea

Kuala Perlis adalah sebuah pekan Jeti ke Langkawi, pekan pendaratan ikan, pekan bersempadan dengan Thailand (Pengunjung boleh ke Thailand melalui laut di sini) dan kini menjadi pekan peancongan.

Keunikan Kuala Perlis, ialah di bahagian tambakan benteng penahan hakisan, pengunjung boleh melihat dan merasai bayu laut tanpa pencemaran daripada kawwasan penempatan penduduk seperti pekan2 kuala yang lain.

Pengunjung boleh menikmati jalan raya di tepi laut dari Kuala Perlis ke Kuala Sungai Baru dan Kuala Sanglang (sempadan Kedah) sepanjang lebih kurang 25 km. Lautnya juga berlatanr belakangkan kepulauan Langkawi yang jelas kelihatan dari tepi pantainya...

Restoran2 ikan bakar dan makanan lautnya juga agak tersusun dan pengunjung boleh buat pilihan dengan mudah. Kedudukan restorannya juga memang betul2 di tepi laut.

Homestay kami yang berada di Kuala Perlis ialah KNA Homestay 

jhvv
Gerai2 jualan di depan Hotel Brasmana, meriah...





Taman mainan berdekatan dengan gerai jualan dan restoran2 ikan bakar. Meriah dengan anak2 pengunjung walaupun malam.

Untuk lebih 'happening', kereta kuda pun ada...

Gerai jualan cenderamata

Gerai cenderamata Puan Arifah

'Keychain' kayu yang dihias dan dilukis cantik, pelanggan boleh minta dituliskan nama di atasnya.

Terdapat juga kayu yang bersaiz besar, sesuai untuk dibuat hiasan di dalam rumah.

Puan Arifah dan anak beliau tekun menyiapkan tempahan dari pelanggan

Salah satu lukisan berlatar belakangkan Gerai ikan bakar dan jambatan menghubungkan restoran terbuka di tengah laut milik Hotel Brasmana.

Antara pelanggan di gerai beliau

Anak Puan Arifah tekun melukis di atas kayu, 
* soalan kuiz, bagaimana caranya untuk memadamkan coretan/warna yang tertempel di atas kayu?












Lepas jalan2 naik kuda, tengok kincir angin besar di perkarangan Masjid Al-Hussein, main di taman mainan dan shopping di gerai2, jangan lupa mai makan ikan bakar kat deretan restoran2 ikan bakar ditepi laut ni...
*Jawapan soalan kuiz:- Tuan/Puan kena datang tengok sendiri macam mana adik tu melukis dan minta dia demo kan cara memadamkan coretan yang tersilap tu...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...