Pn Arifah adalah seorang pengusaha kraf kayu yang gigih di Perlis. Beliau banyak mengadakan gerai2 pameran dan jualan di sekitar negeri Perlis. Beliau telah lama berkecimpung dalam usaha ini dan sangat meminati kerja2 seni. Beliau sangat berkemahiran dalam selok-belok kerja kraf kayu ini. Hasilan seni dari beliau sangat menarik dan kreatif. Sumber kayu yang beliau perolehi diambil di sekitar Perlis. Kayu-kayu yang digunakan adalah dari pokok mahogani dan jati yang banyak ditanam di tepi2 jalan di negeri Perlis. Terdapat juga pohon balak yang popular di Perlis seperti pohon Halban, Temak dan Tembusu. Kayu dari pokok Meranti dan Nangka juga digunakan, jika ada stok. Kerja2 seni beliau dibuat di Bengkel Kraf tangan, Jalan Kuala Perlis. Pengunjung dialu-alukan untuk mengunjungi bengkel beliau dan lihat sendiri kerja2 beliau dan dibantu beberapa orang staf. Pengunjung juga boleh menempah kraf kayu yang unik di sini. Keychain kayu adalah yang terbanyak dihasilkan, tuan/puan boleh dapatkan semurah RM1 jika dibandingkan dengan harga pasaran, mungkin mencecah RM3 atau RM4. Hairi Arts N Craft milik Pn Arifah.
Bengkel kayu Hairi Arts
Kayu2 dan cabang2 pokok yang belum diproses menjadi hasilan seni yang unik.
Contoh pohon Mahogani di Taman Negara
lukisan berkonsepkan English dengan bunga ros kecil.
Hasil lukisan tangan Pn Arifah
Kak Arifah tekun bekerja sambil diperhatikan oleh blogger.
Banyak lagi hasilan beliau yang terdapat di rak2 belakang.
Pn Arifah boleh dihubungi di 0175742257, telefon duhulu sebelum melawat. Lawatan dalam kumpulan kecil (keluarga dialu2kan) sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Perlis
No comments:
Post a Comment