Pekan Mata Ayer atau dikenali sebagai 'Pekan Pokok Petai' oleh penduduk tempatan. |
Pelbagai kemudahan terdapat di Pekan Mata Ayer, termasuklah kedai 24 jam, 7 Eleven. |
MENGINAP DI PERLIS DAN BERSIAR-SIAR DI MATA AYER (KLIK)
Sumber daripada
https://mataayer09.blogspot.com/2017/07/mata-ayer-perlis.html?sc=1677771925320#c2641972148446903617
Pekan Mata Ayer(مات
ايير) atau lebih dikelani sebagai “ Mata Ayaq” oleh
penduduk sekitar kawasan ini dan seluruh negeri Perlis. Bagaimana Mata Ayer
mendapat nama? Mata Ayer mendapat nama daripada banyaknnya penemuan mata
air-mata air semula jadi di sekitar kawasan ini. Menurut beberapa orang
penduduk disini, kawasan-kawasan rendah di sekitar ini bila dikorek akan
mengeluarkan mata air semlua jadi yang banyak[1]. Kawasan Mata Ayer ini terletak di
bahagian tengah negeri Perlis iaitu berada di hujung Kawasan Parlimen Padang
Besar berdekatan dengan kawasan Parlimen Arau iaitu Alor Ara timur dan Jejawi.
Mata Ayer juga merupakan kawasan yang agak pesat membangun dan jarak dari Mata
Ayer ke Bandar Kangar kira-kira 8 hingga 10 kilometer sahaja. Manakala jarak
antara Maya Ayer untuk ke Bandar Padang Besar kiri-kira 25 hingga 27 kilometer
sahaja . Namun jika mengikut ukuran atau peringan Dewan Undangan Negeri Mata
Ayer merangkumi dari jalan Jejawi Utan Buluh(traffic Light Jawi Utan Buluh Atau
Oran) hingga ke Lampu Isyarat simpang Tiga Dato Kayaman( Kawasan Barat Mata
Ayer), Jalan Bukit Ngulang-Santan( Masjid Ngulang hingga ke Dewan Santan(Timur
Mata Ayer). Manakala Kawsan tengah pula merangkumi Jalan Mata Ayer iaitu dari
rumah Cikgu Salleh (sebelum Masjid As-Syakirin Oran hinggalah sampai ke Kilang
Simen di Chuping. Akhir sekali ialah kawasan Timur bermula dari Jalan
Padang Nyu-Guar Nangka iaitu dari Jalan Padang Nyu hingga Kampung Baru Guar
Nagka ( Koreksional).[2]
Keistimewaan
pekan Mata Ayer ini ialah mepunyai banyak kedai-kedai runcit lama dan pelbagai
kampung yang sangat unik namanya. Kawasan Mata Ayer juga mempunyai banyak
Masjid dan pusat pengajian antaranya Masjid As-Syakirin Oran, Masjid Al
Munawwarah Mata Ayer, Masjid Al-Islah Ngulang , Masjid Assobirin Gial dan
Masjid Ibnu Sina Kampung Perawah Dato’ Kayaman. Manakala sekolah pula
terdiri daripada Sekolah Kebangsaan Oran, Sekolah Kebangsaan Chuping , Sekolah
Kebangsaan Dato Kayaman , Sekolah Kebangsaan Guar nagka ,Sekolah Menengah
Kebangsaan Mata Ayer(Sekolah Baharu) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Guar
Nangka (Sekolah Baharu). Poskod untuk Kawasan Mata Ayer ini adalah bernombor
02500.
[1] Temu
Bual secara dalam talian bersama Encik Amiruddin Bin Abu Bakar , Setiausaha
Masjid As-Syakirin,Oran, Jam 6.38 pagi 19 Jun 2016.
[2] Temu
Bual Secara Dalam Talian Bersama Yang Berhormat Cikgu Kahiri Bin Hassan , Ahli
Dewan Undangan Negeri Kawasan Mata Ayer, Jam 12.17 Tengah Hari 19 Jun 2016
No comments:
Post a Comment