Pengunjung ke Perlis dapat bersiar-siar di dalam Empangan Timah Tasoh melalui perkhidmatan bot sewa yang disediakan diSanctuary Ikan Air Tawar ini. Dengan kadar sewaan yang sangat berpatutan (sewaan harga Perlis) Pengunjung akan dibawa ke sudut Empangan yang cantik untuk diambil gambar.
Perjalanan menaiki boat ini adalah selama 30 minit, dan anda pastinya akan merasai perjalanan seperti memasuki taman jurasic, kerana pengunjung dapat melihat kawasan sekeliling empangan berlatarbelakangkan Bukit Chabang yang tersergam indah, Bukit Manik dan Banjaran Nakawan tanpa sedikit pun kelihatan apa-apa struktur binaan moden di sekitarnya. Bagaikan anda berada di set pengambaran filem King Kong..
|
Sanctuary Ikan Air Tawar, Empangan Timah Tasoh. |
|
Pelantar bot di bahagian Sanctuary Ikan Air Tawar
|
|
Pengunjung boleh memberi makan ikan2 yang diternak di sini. |
No comments:
Post a Comment