Tuesday, October 18, 2022

Meronda di Empangan Timah Tasoh

    Pengunjung ke Perlis dapat bersiar-siar di dalam Empangan Timah Tasoh melalui perkhidmatan bot sewa yang disediakan diSanctuary Ikan Air Tawar ini. Dengan kadar sewaan yang sangat berpatutan (sewaan harga Perlis) Pengunjung akan dibawa ke sudut Empangan yang cantik untuk diambil gambar. 

    Perjalanan menaiki boat ini adalah selama 30 minit, dan anda pastinya akan merasai perjalanan seperti memasuki taman jurasic, kerana pengunjung dapat melihat kawasan sekeliling empangan berlatarbelakangkan Bukit Chabang yang tersergam indah, Bukit Manik dan Banjaran Nakawan tanpa sedikit pun kelihatan apa-apa struktur binaan moden di sekitarnya. Bagaikan anda berada di set pengambaran filem King Kong..

 Untuk maklumat lanjut, hubungi 011-5760 0702


Sanctuary Ikan Air Tawar, Empangan Timah Tasoh.

 

Pelantar bot di bahagian Sanctuary Ikan Air Tawar

Tapak perkhemahan juga disediakan

Panduan spesis ikan air tawar

Bot pelancong sedang memulakan perjalanan.

Tasoh Lake Resort dari pandangan dalam tasik.

Sudut yang lain, pemandangan Tasoh Lake Resort.

Kami bertemu dengan nelayan tasik yang sedang menarik pukat.

Pemandangan menakjubkan

Pemandangan Bukit Chabang dan tumbuhan air berbunga kuning.

Pemandangan Bukit Manik dari dalam empangan.

Bot meninggalkan pangkalan

Pelantar bot dan sangkar ikan.

Gerai2 yang menjual pelbagai juadah ada di sini.


Pengunjung boleh memberi makan ikan2 yang diternak di sini.

Sunday, October 16, 2022

Warung Sarah Pulut Ayam, Padang Lati, Santan, Perlis

    Warung breakfast Sarah Pulut Ayam ini sangat popuar di kalangan penduduk kawasan Kampung Bongkok, Padang Lati, jalan Santan Beseri. Ianya diusahakan oleh pasangan keluarga yang berasal daripada Muslim Thailand. Pemilik warung ini, Kak Sarah dan suami, sangat mesra dengan pelanggan, dimana keunikan warung ini, pemilik, Kak Sarah sendiri akan menguruskan order pelanggan dan suami beliau yang menggoreng sendiri ayam goreng berempah. 

    Kepada pengunjung, pastinya pulut ayam, nasi Khomok (beriyani Thai), nasi lemak dan masakan asli Thai menjadi pilihan. 


Bahagian depan Warung

 

Suami Puan Sarah yang sentiasa pastikan kebersihan dan akan serve sos ayam goreng berempah di setiap meja pelanggan

Masakan padpet daging dan ayam yang dimasak dengan terung bulat.. rare.. masakan menggunakan terung bulat ini memang sukar didapati.





Warung yang sentiasa bersih


Puan Sarah sangat mengambil berat pelanggan beliau, sentiasa bertanyakan sama ada pelanggan hendakkan apa-apa lagi makanan atau minuman.

Lauk pauk yang sedap, ayam goreng berempah yang menjadi rebutan kerana ianya diqoreng panas-panas.



Pantri di KTH Homestay & Chalet, Mata Ayer, Perlis

Di KTH Homestay & Chalet, kami menyediakan pantri-pantri untuk kemudahan tetamu-tetamu memasak, ber'BBQ', melepak dan lain-lain aktiviti lagi. Setiap cluster chalet disediakan pantri. Inilah gambar-gambar pantri secara ringkas.

 


Pantri untuk Chalet 1 & 2

Pantri Chalet 5 & 6 disediakan mesin basuh, dapur gas dan peti ais.

Pantri Chalet 3 & 4 mempunyai dapur gas dan peti ais

Pantri Chalet 7 - 11 (5 buah Chalet) mempunyai dapur gas, peti ais, mesin basuh

TEMPAHAN HOMESTAY KLIK SINI


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...