Saturday, June 30, 2012

Taman Herba yang mesti dilawati selepas Taman Anggur

Tempat menarik dan berbaloi untuk dilawati di Perlis ialah Taman Herba Perlis yang terletak di Sungai Batu Pahat, berdekatan Taman Anggur Perlis dan air terjun Bukit Ayer. Anda akan berjalan di bawah kanopi pokok-pokok kayu balak yang tumbuh asal disitu. Antara pokok balak kayu keras yang terdapat disitu ialah pohon Merbau.
Pengunjung juga berpeluang untuk membeli anak2 pokok herba yang dijual. Herba di sini juga agak unik kerana ada sesetengah tumbuhan herba yang hanya boleh didapati di Perlis sahaja.

Pintu masuk yang dihias cantik mengalu-alukan pengunjung

Pengunjung boleh mencuba rawatan berasaskan herba di pondok wakaf ni.

Bilik info dan  pameran yang masih dalam pembinaan / penyelenggaraan / ??

Pondok wakaf, kat sebelah kanan tu pokok Merbau- anai2 pun tak makan kayunya- pengalaman blogger tengok sendiri sarang anai-anai membaluti kayu ni tapi tak terusik langsung... buktinya ada di gambar bawah..


Panduan rawatan berasaskan herba

Laluan denai di bawah kanopi yang disediakan dengan tempat berehat... di kiri kanan denai terdapat pokok2 herba yang sangat berguna, kita tak akan kenal kalau tak ke sini.

Kemudahan bilik air

Panduan sebeum menyusuri denai2.
Pondok sauna herba- cantik dan unik

KTH Cottage Mint (klik KTHC mempunyai tiang kayu keras daripada pokok merbau yang ditebang dan digergaji dengan menggunakan tangan pada tahun 1974 (menurut Tn Hj Mat Isa - beliau membelinya dari seorang tukang kayu di Kg Utan Aji, Kangar Perlis) tuang kayu ni dah diselaputi dengan sarang anai2 di tempat simpanan kayu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...