Kakak2 ni dah ada persiapan yang rapi, siap dengan sarung tangan untuk pegang ikan puyu yang berduri tu..
Saturday, October 15, 2011
Tetamu pelajar sekolah dari Kota Tinggi, Johor dan Setiu, Terengganu.
Pada 15 Oktober 2011 yang lalu, rangkaian rumah tetamu Mata Ayer Agri Ent. telah menerima tetamu dari Kota Tinggi, Johor dan Setiu, Terengganu. Seramai lebih kurang 80 orang pelajar dan guru pengiring dari SMK Sri Aman, Kota Tinggi, Johor menginap di 4 unit rumah tetamu di Taman Sri Lanchang, Jejawi, Mata Ayer. Rumah tetamu yang terlibat MAH 4 bilik RM280, AWARA 3 bilik RM180, SLHA 3 bilik RM180 dan SLHB 3 bilik RM180, dengan kos keseluruhan RM820, atau lebih kurang RM10.25 untuk setiap tetamu.
Sementara itu, KTHA 2 bilik RM110 dan KTHB RM140 menerima tetamu dari SMK Agama Setiu, Terengganu. Mereka terdiri daripada pelajar tingkatan 3 yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan PMR.
Tempat parkir bas yang mudah menjadi pilihan.
Sebahagian ahli rombongan menginap di Sri Lanchang Homestay A & B, manakala yang lain menginap di AWARA dan MAH di blok depan.
Ahli rombongan bergerak menuju ke rumah2 penginapan.
Pelajar SMK Sri Aman sempat diberi tunjuk ajar mengail ikan puyu oleh Kak Kaki Pancing di kalangan penduduk tempatan.
Keriangan terpancar apabila umpan sudah mengena. Salah seorang Kak Kaki Pancing yang menjadikan aktiviti mengail puyu sebagai aktiviti masa lapang setiap petang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment