Tuesday, October 18, 2011

Suasana Nat Wang Kelian, Pekan sehari antara 2 negara

Nat Wang Kelian, menjadi tarikan penduduk 2 buah negara sejak pintu sempadan dibuka pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Pengunjung boleh melintasi sempadan antarabangsa tanpa pasport dalam radius 1 km dari sempadan. Pasar ini bermula dari pagi Sabtu dan berlarutan sehingga hari Ahad. Klik

Mercu tanda menanti pengunjung

Jalan nak ke Wang Kelian agak mencabar, tetapi tak jauh pun. Pengunjung kena berhati-hati dengan kenderaan penyeludup minyak yang dipandu laju untuk mengejar trip. Disini boleh perhatikan gelagat penyeludup minyak, mudah untuk dikenali...

Kedai bebas cukai, tapi tak semeriah kedai bebas cukai di Bukit Kayu Hitam dan Padang Besar.

Sempadan Malaysia Thailand, pondok imigresen di depan.

Pengunjung akan berjalan kaki melintasi sempadan antarabangsa ke Thailand.

Gerai menjual toto, comforter dan lain2. Menjadi kegemaran pengunjung dari Malaysia untuk membeli toto dengan harga murah.

Perkhidmatan membawa barang pun ada, kelihatan dalam gambar, pelancong dari Thai membeli barangan Malaysia (biasanya barang2 elektronik, dalam gambar motosikal elektrik untuk kanak2) menggunakan perkhidmatan mengangkut barang oleh penduduk tempatan.

Urusan di pejabat imigresen, agak sibuk pada pagi ahad.

Buah mangga 'siku raja' terkenal di kalangan penduduk tempatan Selatan Thai dan Utara Malaysia, sedap dan rapuh kalau dibuat cicah kuah rojak.

Papan tanda check point antarabangsa antara dua negara.

Pandangan dari pusat pemeriksaan imigresen ke arah Thailand, melalui jalan ni, pengunjung boleh terus ke Satun dan Phuket (jalan 'shortcut' berbanding Bukit Kayu Hitam dan Padang Besar).

Peta wilayah selatan Thai dipamerkan untuk memudahkan pengunjung yang mungkin hendak melanjutkan perjalanan ke tempat2 menarik di Thailand.


Pusat pemeriksaan pasport Malaysia, disediakan surau dan bilik air untuk kemudahan pelancong dan pegawai2 imigresen.

Antara barangan yang dijual, ikan bilis, udang kering dan gula dari pokok thai. Blogger biasanya beli gula gerek(panggilan penduduk tempatan) ini, baik untuk menggantikan gula putih yang boleh menyebabkan diabetes.

Makanan kering yang banyak dijual, namun hati2 untuk lihat tanda halal.

Ramai juga orang Islam Thai yang berniaga di sini. Antara buah-buahan dari Thai, buah mata kucing, laici, salak dan lain-lain (mengikut musim)

1 comment:

  1. I love your blog.. very nice colors & theme. Did you design this website yourself or did you hire someone to do it for you?
    Plz reply as I'm looking to construct my own blog and would like to know where u got this from.
    thanks a lot

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...