Jumlah pengunjung ke restoran ini juga semakin bertambah. Ramai yang datang membawa anak masing2 kerana kanak2 memang menggemari suasana meja makan dan kerusi yang berbentuk buaian.
Buaian kayu yang unik memang menarik perhatian sesiapa yang mengunjungi restoran ini. Bagaikan suasana fantasi di dalam filem 'magika' . Satu2nya restoran unik di dunia yang dipunyai oleh En. Masri, seorang pemilik Bengkel foreman kereta dan bersama rakannya, seorang tukang kayu. Rekaan perabot kayunya adalah gabungan dua kepakaran - mekanikal dan kesenian ukiran.
Mungkinkah suatu hari nanti restoran ini akan cua meniru sebuah restoran di Lembah Kelang yang menawarkan pengunjung yang menjamu selera apa sahaja di restorannya termasuk perabot untuk dijual?
Suasana di depan restoran.
Barisan lampu yang dihias dicelah kepingan kayu yang dipotong berdasarkan bentuk asal batang pokok sangat unik dan cantik.
Kotak televisyen yang unik seperti 'bird house'
Barisan lampu yang dihias dicelah kepingan kayu yang dipotong berdasarkan bentuk asal batang pokok sangat unik dan cantik.
Kotak televisyen yang unik seperti 'bird house'
Kaunter 'cashier' seperti tergantung.
Salah sebuah kerusi yang unik, dengan ukiran lambang kereta dan tulisan Alfa Romeo.
Salah sebuah kerusi yang unik, dengan ukiran lambang kereta dan tulisan Alfa Romeo.
Kini En. Masri telah memindahkan operasi pertukangan beliau ke kawasan berhampiran restoran untuk memudahkan beliau mematau kerja2. Dalam lawatan terbaru kami, En. Masri menunjukkan beberapa hasil pertukangan kayu unik beliau yang telah menerima tempahan dari pengunjung yang fanatik dengan hasil kerja kayu yang asli dan unik. Berikut gambar2 buaian kayu gergasi yang telah ditempah pelanggan:-
Anda berani! RM3000 sahaja. setiap kepingan kayu dibelah setebal tidak kurang dari 2 atau 3 inci, memang tebal dan berat....
Buaian yang ini mempunyai tiang penyokong yang panjang, atas permintaan pelanggan... lebih kurang RM4000
Buaian yang unik dan comel. Cuma satu sangga yang digunakan. Manakala pemegangnya dari gear jentera mesin padi. Lebih kurang RM3500
No comments:
Post a Comment