Saturday, January 1, 2011

Melancong ke Hatyai, Thailand

Hatyai adalah destinasi popular bagi rakyat Malaysia yang berkunjung ke negeri2 utara Semenanjung. Bandarnya besar, sebesar bandaraya George Town tetapi mempunyai susunan bangunan yang agak padat. Memandu dengan kenderaan sendiri agak mudah, cuma untuk lebih senang sediakan alat GPS kerana tanda arah kebanyakannya dalam bahasa Thai.

Ke Hatyai dari pekan sempadan Padang Besar mengambil masa hanya lebih kurang 35 minit. Masa yang agak lama ialah ketika proses imigresen di sempadan Thai. Sempadan Malaysia?,tiada masalah langsung, cepat setaraf negara maju....


Bandar Hatyai, dari tingkat 12 bilik hotel Siam Central Hotel

Untuk kenderaan sendiri, kos yang terlibat ialah Insuran Thailand (boleh dibeli di kedai2 sebelah sempadan Malaysia yang ada signboard iklan jualan insuran Thailand) - tak lebih daripada RM30, cuma bawa fotostat geran kereta, dan sediakan border pas atau passport.

Jalan ke Hatyai, lebuh raya yang luas.

Kalau tuan/puan bawa passport, anda kena isi borang visa yang perlu di ambil di pejabat emigresen Thailand, apabila sampai ke pusat pemeriksaan mereka. Jangan bimbang, pegawai mereka boleh bertutur Bahasa Melayu. Apabila pemeriksaan passport, besar kemungkinan pegawai emigresen Thai akan meminta saguhati dalam RM1 untuk satu passport atau RM 1 untuk satu borderpass.

Singgah dulu beli tembikai madu berkulit kuning dan hijau gelap, unik jugak- kata penjual tembikai tu, buah ni datang dari utara Thailand.


Kalau nak mudah lagi melancong ke sana, boleh sewa van Thai (boleh muat 12 orang) yang sedia menunggu di pintu sempadan. Bayarannya lebih kurang RM250 + duit minyak yang kita bayar sendiri di stesen minyak (minyak kat sana lebih kurang RM3 selitre). Kalau nak jimat, beli minyak kat Malaysia, isi dalam tong, seludup dalam kereta atau van (kalau kena tangkap, makan tak abih)- tapi pengembaraan kami (penulis dan keluarga bersama rakan yang juga membawa keluarga- kereta Nissan Grand Livina) ke sana selama 2 hari satu malam, tak habis pun minyak yang diisi penuh.

Gambar2 yang dipaparkan adalah hasil pengembaraan kami pada 27 - 28 Disember 2010 (Isnin & Selasa)


Kreatif dalam mencantikkan bandar dan orientasi penduduk dan petadbir adalah untuk menjadikan tempat mereka menarik untuk pelancong.

Kedai2 menjual kraf dari kayu-kayan. Cantik dan kreatif, berunsurkan nilai kebudayaan Siam

Pelajar Sekolah yang pulang dari sekolah- merempit ala Thai..

Dari Hatyai terus ke Pantai Samila, yang ada tugu patung ikan duyung emas, ber'picnic' dulu sambil lunch.

Kedai tomyam muslim kat tepi pantai.


Pantai Samila, berombak kuat, cuba teka , laut apakah di sini?*



Banyak potret Raja Thai di sepanjang jalan.


Air kelapa hanya RM2 ke RM 3 sebiji. siap ada air kelapa bakar... hmmm... harum baunya...
Naik Tuk tuk, lori pickup yang diubah suai, baru RM5, dari hotel ke pasar.

Membeli belah di bazar,,,,

Pelajar Universiti berlepak sambil mewarna kulit siput di pantai Samila.

* Jawapannya- Laut China Selatan atau Teluk Siam, tak sangka perjalanan ke pantai timur tak sampai 1 jam dari sempadan... kalau dari Perlis nak ke Kelantan, hampir 7 atau 8 jam melalui Lebuh Raya Timur Barat...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...