Banjir di Perlis pada awal November 2010 menyukarkan kehidupan majoriti penduduknya. Alhamdulillah, rangkaian homestayperlis.blogspot.com dapat bertahan dengan semua kemudahan, air dan elektrik seperti biasa. Kami ada menyediakan sumber air alternatif dari perigi yang dipamkan.

Dalam gambar: 4 pelajar UiTM Perlis, dari kanan Nor Suhaila, Nur Amalina, Nurul Asyikin dan Nurul Nadiah, semuanya dari Terengganu tiba jam 10 malam 4 Nov. di KTHA selepas peperiksaan semester untuk mandi dan mencuci pakaian.



Dalam suasana banjir teruk yang melanda kawasan utara Semenanjung ini juga, Homestay Mata Ayer (MAH) menjadi penempatan bagi 4 orang sukarelawan dan seorang Doktor HKL dari ABIM Pusat yang tiba di Perlis pada malam 4 November 2010. Manakala Homestay Kampung Hutan Temin A menempatkan pelajar2 kolej yang menjadi sukarelawan.

No comments:
Post a Comment