Saturday, October 14, 2023

lawatan sambil belajar ke Langkawi Country Lodge

 Pada 13-15 Oktober 2023, pengusaha homestay Kluster Nakawan telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Langkawi Country Lodge (LCL) di Chenang, Langkawi. Seramai 13 orang peserta terlibat. Didalam sesi LSB ini peserta dapat belajar tentang penyediaan penginapan, pemasaran dan perkongsian pengalaman dengan pengusaha LCL sendiri. 

Banyak ilmu dan pengalaman dapat ditimba daripada sesi LSB ini. Moga2 peserta Kluster Homestay Nakawan dapat meningkatkan lagi mutu servis dan lebih dikenali di peringkat angtarabangsa.

Tekun mendengar taklimat oleh Pn Norhayati. 

Sesi perkongsian.

Pn Norhayati, owner LCL berdiri paling kiri, manakala suami beliau En Ahmad berbaju merah berdiri paling kanan.

Di dalam feri ke Pulau Langkawi.

Menunggu kenderaan untuk ke LCL

SINERGI BERSAMA PENGUSAHA PELANCONGAN PERLIS UNTUK MERANCAKKAN MISI TAHUN MELAWAT PERLIS

Pada 11 Oktober 2023, Rabu, bertempat di Dewan Warisan, Kangar, Perlis, Exco Pelancongan Negeri Perlis, YB Wan Badariah binti Wan Saad yang juga ADUN Mata Ayer, membentangkan strategi Tahun Melawat Perlis 2024-2025 semasa Majlis Libat Urus YAB Menteri Besar Perlis Bersama Pengusaha Rumah Sewa Pelancongan (Homestay) dan Pengusaha Restoran Negeri Perlis Sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025 petang tadi di Dewan Warisan, Kangar.

Majlis ini mengumpulkan para pengusaha homestay dan restoran bagi menyampaikan hasrat dan perancangan pihak kerajaan negeri untuk menyokong misi TMP 2024-2025.

Diharapkan Tahun Melawat Perlis kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan kerjasama yang kukuh daripada semua pihak.


Terima kasih MB YAB Mohd Shukri bin Ramli menyampaikan placard Tahun Melawat Perlis 2024 kepada pengurus KTH Homestay & Chalet.

Sesi bergambar deengan semua pengusaha pelancongan Perlis

Berpeluang ambil gambar dengan YAB MB dan YB Exco Pelancongan

YB Exco Pelancongan menyampaikan taklimat



 

Thursday, September 21, 2023

Now we accept Credit Card payment!

 You can pay with these means of payment gateways at the KTH Homestay & Chalet's reception.



Monday, September 11, 2023

Visit Perlis 2024 - laman page rasmi Perlis Tourism

Untuk maklumatlanjut tentang berita pelancongan Negeri Perlis, anda boleh klik pada gambar rasmi mukabuku Perlis Tourism di bawah:-



2 French girls exploring Perlis as pre "Visit Perlis 2024"

 Alice and Aurelius from Bordeaux, France arrived on 17th July 2023.

The two french girls travelling around Malaysia and then Thailand, they arrived Perlis via 'Komuter' train at Arau railway station. 

They were planning to come to Perlis and to meet the locals to exchange, and discover the city differently. 

They were so pleased to spend some days with us and explore the non-tourist spots.

STAY WITH US AND EXPLORE MORE (CLICK)



















Lawatan sambil belajar SK Chenderah, Jasin, Melaka ke Perlis

Pada 27 - 29 Julai 2023, KTH Homestay & Chalet menerima tetamu dari Jasin Melaka yang terdiri daripada murid-murid SK Chenderah. Kehadiran mereka adalah seramai 44 orang termasuk guru pengiring dan guru besar. Berikut adalah tentatif lawatan mereka yang mungkin boleh dijadikan rujukan untuk mereka yang berminat untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Perlis.

Ribuan terima kasih kepada guru ketua rombongan iaitu cikgu Rohana yang bertungkus lumus menghubungi tempat-tempat lawatan dan berbincang dengan pihak kami dalam penyediaan makanan dan cadangan tempat lawatan yang berdekatan..


Masa

Aktiviti

8:30 malam

9:00 malam

-          Pendaftaran dan taklimat

-          Bersedia untuk bertolak ke Perlis

                   27 Julai 2023 ( Khamis )

     5.30 pagi

 

    8.00 pagi

   9.00 pagi

   1.30 tengah hari

 

 

 

 

  

 

5.00 petang

 

 

7.30 malam

 

 

 

11.00 malam

-          Tiba  di Masjid Negeri Pulau Pinang

-          Pengurusan diri dan solat

-          Sarapan

-          Menaiki kereta kabel Bukit Bendera Pulau Pinang

-          Tiba di Masjid Alwi 

-          Solat Qasar ( Zuhur dan Asar)

-          Makan tengah hari di Restoran Anjung Keli

-          Melawat ke kilang batik ( aktiviti -mewarna batik dan lawatan kilang )

-          Daftar masuk ke bilik di Mata Ayer , Kangar

-          Rehat

-          Bersiar-siar di Kampung Ujung Bukit Kangar

·         Melihat keindahan sawah padi

·         Memberi ikan makan

·         Sesi bergambar

 

-          Balik ke bilik

-          Pengurusan diri dan solat Qasar ( Maghrib dan Isyak)

-          Makan malam

-          Tidur

-           

                      28 Julai 2023 ( Jumaat )

5.30pagi

8.00 pagi

 

 

 

     10.30 pagi

    1.30 tengah hari

 

    2.30 petang

 

 

 

 

  4.30 petang

 

 

 

 

 

 

  8.00 malam

-          Persiapan diri dan solat subuh

-          Sarapan

-          Melawat Galeri Diraja

-          FRIM –menaiki Canopy Walk ( dibawa oleh renjer hutan )

-          Meneroka gua kelam ( dibawa oleh renjer hutan )

-          Solat  Qasar ( Zuhur dan Asar )

-           Makan tengah hari

-          Melawat  perusahaan produk kampung – Belacan Madu.

·         Merasai sendiri pengalaman membuat belacan

-          Melawat ke kilang pembuatan selipar  capal( Saad Capal )

·         Aktiviti Interaktif kraf

-          Melawat Kilang Kopi

·         Aktiviti – Membuat pembungkusan kopi

·         Jamuan ringan ( Disediakan oleh kilang )

 

-          Balik ke homestay / Chalet

-          Pengurusan  diri dan Solat Qasar ( Isyak dan Maghrib)

-          Makan malam ( BBQ )

-          Tidur

             29 Julai 2023  ( Sabtu  )

Masa

Aktiviti

5.30 pagi

8.00 pagi

9.00 pagi

12.00 tengah hari

2.00 petang

11.00 malam

-          Persiapan diri dan solat subuh

-          Sarapan di homestay

-          Persiapan untuk pulang ke Melaka

-          Membeli belah di padang Besar

-          Makan tengah hari dan solat jamak

-          Bertolak ke Melaka

-          Tiba di Melaka

 

 

 Berikut adalah gambar-gambar berkaitan:-

Tempat parking luas boleh memuatkan lebih daripada sebuah bas.


Batik Inderawasih hanya 5 minit perjalanan dari homestay.

Bergambar ramai-ramai di depan bengkel batik

Guru juga berpeluang mewarna batik

Pelajar teruja untuk mewarna batik

Bengkel batik yang boleh memuatkan lebih 50 orang pada suatu masa

Setiap murid diberikan satu lukisan batik dan berus mewarna.

Sarapan di homestay

Sarapan pagi di homestay sebelum bertolak ke tempat lawatan.


 

Sunday, July 9, 2023

Tetamu dari Budapest, Hungary

 Pn Escter dan anak beliau Marcel pertama kali menjejak kaki ke Malaysia. Mereka yang bersal dari Budapest, ibu negara Hungary memasuki Malaysia dari pintu sempadan Padang Besar, Perlis.

Pn Escter dan anak tinggal selama 2 malam di Perlis, sebelum meneruskan perjalan ke Pulau Pinang, dan seterusnya Cameron Highland, Pahang, singgah di Kuala Lumpur dan beberapa tempat lagi sebelum destinasi terakir mereka di Singapura. Dari Singapura, mereka akan menaiki penerbangan pulang ke Budapestm Hungary.

MENGINAP DI SINI, LIHAT HARGA (KLIK)

Di laman BBQ KTH H & C

Posing sebelum bersiar-siar di sekeliling kampung.

Berkesempatan ke kopi kahfi di Bukit Tau, Beseri

Membeli keperluan di 7Eleven, Mata Ayer

Meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang melalui Perkhidmatan Keretapi Komuter

The Bunker Cafe - Arau

 The Bunker cafe terletak di bawah jejambat keretapi di Batas Liku, Arau. Ianya hanya 10 minit memandu dari KTH Homestay & Chalet, Mata Ayer, Perlis. Kafe ini menyediakan sarapan pagi tradisional dan juga western, dan juga dibuka pada sebelah malam. . Kelebihan bersarapan di sini ialah, pelanggan boleh memilih untuk makan di bilik berhawa dingin atau makan di kawasan terbuka yang lebih santai.


UNTUK PENGINAPAN DAN HARGA KAMI KLIK

Ruang makan di kawasan terbuka dan santai.

Kafe ini terletak di tepi landasan keretapi berkembar.

Ruang makan berhawa dngin


 

Tuesday, May 30, 2023

Koffee Kitchen

Koffee Kitchen terletak di 27, Exit Jalan Raja Syed Alwi, Kampung Guar Syed Alwi, 01000 Kangar, Perlis. Ianya sebuah restoran atau cafe berkonsepkan hipster yang menyajikan makanan western, pastry dan kopi brewing premium. Bagi penggemar kopi dan mencari cafe suasana mewah, bolehlah ke sini. Hanya 25 minit drive dari KTH Homestay & Chalet.








 

Friday, April 28, 2023

Restoran Ikan Bakar Abang Janggut, Kuala Perlis

Kepada peminat seafood dan ikan bakar, Restoran Abang Janggut bersebelahan Stesen Minyak Petronas jalan Kangar-Kuala Perlis boleh dicuba. Menu yang disediakan adalah dalam bentuk set dan penyediaannya adalah sangat cepat. Pelanggan tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan menu yang di tempah.
Kawasan parking yang luas dan percuma, suasana yang lapang dan bersih, pastinya dapat memberikan keselesaan kepada pelanggan.


Suasana keadaan restoran yang lapang.

Menu dalam bentuk set.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...