Saturday, August 27, 2022

Bersarapan bersama lebah yang jinak

Bersarapan hidangan tradisi di FF Harmoni Bee Farm, Sungai Batu Pahat, Perlis adalah sesuatu yang patut dicuba bagi sesiapa yang mengunjungi Perlis. Keunikan bersarapan di sini ialah, hidangan disediakan tanpa gula, pengunjung boleh menambah madu lebah (madu lebah kelulut & madu lebah biasa) yang disedakan di atas setiap meja makan untuk memaniskan makanan. Bagi peminat madu, inilah peluang untuk makan madu sepuas-puasnya. Tapi ingat jangan makan banyak sangat, nanti badan panas.

PENGINAPAN MURAH, SELESA + KOLAM RENANG - KLIK SINI





2 jenis madu yang disediakan di atas meja pelanggan.

Suasana makan di bawah pepohon bunga yang menjadi makanan lebah.



Friday, August 26, 2022

Sarapan di Warung Chaq, Kampung Balik Bukit

Keunikan bersarapan di Warung Chaq ini, pelanggan akan dapat menikmati pemandangan berlatar belakang bukit Chuping yang sangat dekat dan betul-betul berada di tepi sawah.

Juadah yang disediakan pelbagai dan terdapat menu sarapan yang popular di kalangan orang Perlis, seperli pulut ikan masin, nasi lemak dll.

Bagi pengunjung yang datang sempena cuti sekolah ini, boleh lah cuba bersarapan di sini, tetapi kena datang awal dan berdoa banyak2 agar dapat parkir paling dekat dengan warung.

Paling penting, viewnya superb!



Menu yang sangat menyelerakan.



View yang superb!



 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...