|
Peta ringkas Satun
|
Artikel kali ini ingin berkongsi pengalaman kami melawat ke wilayah selatan siam yang berjiran dengan negeri Perlis, iaitu Satun, Thailand. Pintu masuk sempadan antarabangsa ke sini ialah melalui Wang Kelian, Kaki Bukit, Perlis.
Wilayah Satun terletak sebelah barat Songkhla, Thailand. Antara kelebihan perjalanan darat ke Phuket melalui Wang Kelian Perlis, Trang, Pathalung, Krabi, Phuket ialah kita dapat jimatkan jarak perjalanan hampir 100km.
Fakta yang lain, wilayah Satun merupakan kembar negeri Perlis, yang mana ramai orang Perlis yang mempunyai saudara mara di sana dan bertutur dialek Perlis. Ramai orang melayu yang tinggal di sana dan masih tidak dapat menguasai bahasa Thai, seperti contohnya di kampung Tanjong Pauh, Satun.
Jika anda inginkan sesuatu yang baru, bolehlah 'explore' sebelah sini pula yang selamat dari bom (insyaAllah), &
border yang tidak sesak macam di Bukit Kayu Hitam.
Pondok imigresen Thailand di Wang Kelian
Kalau tak sempat beli insuran kenderaan siam, boleh beli kat sini, info centre
|
Signboard aluan ke Satun, di pasar Wang Kelian & Wang Prachan, Thailand |
|
Jalan menuruni bukit dari
pintu sempadan ke Satun |
|
Selepas menempuh perjalanan sejauh hampir 60 km, akhirnya kami tiba di Pakbara Pier, port untuk ke pulau2 tropika sekitarnya. |
|
Tiket feri boleh beli kat sini, kalau nak ke Pulau Langkawi dari sini pun boleh. |
|
Peta pulau2 sekitarnya |
|
Jadual perjalanan feri & speed boat |
|
Ni Jeti feri di Pakbara Pier |
|
Feri dan bot yang menunggu pelancong untuk aktiviti 'island hopper'
|
|
Salah sebuah resort cantik yang menghadap pantai |
|
Chalet lain yang agak jauh dari pantai, tetapi murah kadarnya- lebih kurang RM50 semalam |
|
Pantai di Pakbara |
|
Chalet tepi pantai yang diperbuat daripada buluh dan dilengkapi 'aircond' |
|
Resort yang dihiasi cantik dan di seberang jalannya ialah pantai |
|
Chalet lain yang murah dan mengadap laut |
|
Restoran masakan thai muslim di tepi pantai |
|
Hmm.. enaknya- macam2 masakan thai disajikan di dalam pondok2 buluh di tepi pantai |
|
Sebuah lagi resort milik muslim Satun Thai |
|
Pantai yang landai- kena tunggu air pasang dulu baru boleh mandi |
|
Resort unik yang dibina mengelilingi sebuah kubang/ kolam |
|
Restoran juga dibina di atas kolam |
|
Sempat posing di beranda dari luar pintu belakang bilik |
|
Suasana di sebuah bilik chalet yang dikunjungi |
|
Sebuah lagi resort cantik di tepi jalan besar Satun ke Pakbara |
|
Chalet2 dibina dengan senibina yang sangat unik |
|
Bentuk laman di resort2 Pakbara sangat dititik beratkan |
|
Tesco Lotus yang besar hanya 20 km dari pintu sempadan Wang Kelian |
|
Persimpangan Wang Prachan dan ke Wang Kelian |