Monday, December 23, 2013

Balai Polis Padang Besar kena bom?

22 Disember 2013- Letupan bom telah mengegarkan bandar2 sempadan di Selatan Thailand (sumber - utusan online) termasuk Bandar Padang Besar Thailand. Pada tahun lepas di Bandar Hatyai klik. Namun untuk pengetahuan, letupan bom adalah disasarkan kepada pihak berkuasa Thailand atau pihak berkaitan dengan kepentingan Thailand sahaja. Berita tentang letupan bom di hadapan Balai Polis Padang Besar sebenarnya Balai Polis Thailand di bahagian Padang Besar sebelah Thailand. Bandar Padang Besar sebenarnya telah terbahagi dua iaitu Padang Besar Thailand dan Padang Besar Malaysia. Ia bagaikan Berlin Timur dan Berlin Barat suatu ketika dahulu. Pemisahan ini berlaku kerana faktor2 kekalahan perang Kedah-Siam dan politik antarabangsa.

Kepada pengunjung ke negeri Perlis yang ingin shopping di Bazar Padang Besar Perlis, teruskan niat anda kerana di bahagian Bandar Padang Besar Perlis keadaannya masih selamat seperti biasa. Untuk pengunjung ke bandar2 pelancongan Selatan Thai, seboleh2nya elakkan daripada mengunjungi tempat2 tumpuan ramai dan berada berdekatan dengan pihak keselamatan Thai.

Selamat datang ke Perlis sempena cuti panjang Krismas dan tahun baru.
Keluarga Cikgu Hailmi di Padang Besar Perlis - dipetik dari blog beliau- klik pada gambar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...