Saturday, October 5, 2013

Musim Mengail Puyu di Bendang tiba lagi....

Setiap kali musim hujan antara September sehingga Oktober, orang Perlis yang minat mengail puyu akan memenuhi aktiviti hobi mereka di kawasan bendang atau tali air sekitar Perlis. Situasi ini jelas kelihatan di sepanjang jalan raya yang mempunyai bendang dan tali air ataupun sungai. Gambar di bawah ini diambil di sepanjang jalan baru dari Santan ke Jalan Jejawi dan ke Jalan Mata Ayer.

Kepada pengunjung ke Perlis, bolehlah minta tunjuk ajar bagaimana mengail puyu bendang daripada mak cik2 expert yang tiap2 petang berjaya mengail puyu sehingga 40 ke 50 ekor. Anda boleh pinjam joran memancing daripada tuan punya homestay atau kalau gian sangat, berenti kereta dan minta pinjam joran daripada mak cik2 ni, insyaAllah depa semua sporting.

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA 1434 H
Dari jauh nampaknya dah ada beberapa kereta & motosikal yang parking tepi jalan untuk mengail.

Ramai juga yang singgah bertanya khabar sambil menjeluh hasil tangkapan

Ni berkelah ke atau memancing?

Antara makcik2 expert mengail sedang beraksi

Ada yang melarat sampai ke batas bendang nih...janji dapat ikan..

Macam pesta lah pulak, tapi hati2 di tepi jalan raya

Nun jauh di sana, Bukit Chuping dan Guar Thambi (kanan) di Pekan Mata Ayer

boleh tengok traktor membajak sawah untuk ditanam semula dengan padi

Pn Hasnah (salah seorang pengusaha homestay di Kg Hutan Temin, Mata Ayer) tak melepas peluang mengail, dah dapat pun seekor ikan puyu sambil ditemani oleh cucu beliau...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...