Thursday, July 3, 2025

Kursus Refresher Homestay Kedah dan Perlis

Bertempat di Seaview Hotel, Kuah, Pulau Langkawi, pada 28 sehingga 30 Jun 2025 yang lalu, pihak KTH Homestay telah menghadiri kursus Refresher Homestay 2025 anjuran MOTAC negeri Perlis. 

Pelbagai kemahiran dan ilmu yang diperolehi, antaranya, Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun, susun atur bilik, kebersihan, keselamatan, Pelancongan Berteraskan Komuniti (Community-based Tourism @CBT) dan lain-lain lagi. Peserta juga dibawa melawat Program Pengalaman Homestay Malaysia - Kluster Homestay Pulau Tuba untuk belajar daripada pengusaha homestay yang telah berjaya. 

Terima kasih kepada Pn Cham Pa a/p Song, En Shahrizal bin Shaharudin dan semua pegawai dan staf daripada MOTAC Perlis yang membantu kami selama ini.

Untuk menginap dengan kami di Perlis (klik)








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...