Monday, November 14, 2022

Kampung Warna Warni Kuala Perlis

Tarikan popular di Kuala Perlis ialah Kampung Warna Warni. Pengunjung boleh bersiar-siar di kawasan perkampungan ini dan bergambar puas-puas. daripada kampung ini, pengunjung boleh mendaki jambatan pejalan kaki dan motosikal yang juga dicat dengan warna warni. Jambatan Tuanku Syed Putra ini menghubungkan Kampung dengan Pekan Kuala Perlis. daripada atas jambatan ini pengunjung dapat melihat muara sungai Perlis dengan lebih jelas dan pemandangan yang lain, seperti jeti feri ke Pulau Langkawi, jeti pendaratan ikan, Pekan Kuala Perlis dan kampung Warna Warni itu sendri. 

Berkunjung ke sini pada waktu petang selepas asar adalah sangat sesuai kerana terdapat pelbagai aktiviti jualan yang dijalankan oleh penduduk setempat di sini. Pengunjung juga boleh menikmati pemandangan sunset dari atas jambatan Tuanku Syed Putra ini.





Jualan hasilan laut terdapat di gerai2 berhampiran jalan masuk
ke Jambatan Tuanku Syed Putra
.







Pemandangan perkampungan Warna Warni dari atas jambatan



Dekorasi di dinding tembok dalam perjalanan ke Kampung Warna Warni dari arah Kampung Seberang Ramai.


Rumah-rumah yang dicat cantik.




Taman mini yang unik di tepi jalan ke Kampung Seberang Ramai.






Laluan melalui celah2 rumah penduduk yang telah dihias cantik dan melalui laun ini pengunjung boleh berjalan ke Jambatan Tuanku Syed Putra.



 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...