Friday, November 28, 2014
Berekrearasi di Tasik Melati, Perlis-
Tasik Melati merupakan antara tempat rekreasi popular di Perlis. Penduduk sekitar menjadikan Tasik Melati sebagai tempat berjogging dan memancing. Bagi peminat bot kontrol, Tasik Melati menjadi tempat yang sangat sesuai untuk aktiviti tersebut. Jika datang ke Perlis, jangan lepaskan peluang ke sini. Jalan ke sini adalah melalui jalan Santan, jalan Ngulang Dato Kayaman & jalan Balai Baru.
Saturday, October 11, 2014
Wednesday, August 27, 2014
Klinik ter-femes di Pauh, Perlis
Pesakit2 yang beratur dari awal untuk mengambil giliran |
Jalan masuk ke bangunan klinik |
Pekan Pauh |
Terdapat banyak gerai2 makan yang menumpang kemeriahan klinik tersebut |
Tuesday, June 3, 2014
Tuesday, May 20, 2014
Karnival Harumanis di Arau
Karnival
Harumanis Negeri Perlis akan diadakan pada 22 - 23 Mei 2014 mulai jam
10.00 pagi hingga 11.00 malam di perkarangan C-Mart, Arau, Perlis.
Pelbagai acara diadakan sempena dengan Karnival tersebut.
DYTM Tuanku Raja Muda Perlis akan berangkat mencemar duli merasmikan majlis tersebut pada 22 Mei 2014 pukul 2.00 petang .
Orang ramai dijemput hadir beramai ramai bagi memeriahkan majlis tersebut.
Orang ramai dijemput hadir beramai ramai bagi memeriahkan majlis tersebut.
Selamat datang ke Istana Arau sempena hari keputeraan ke-71
Sempena
Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis Ke-71,
pihak Istana Arau memberi peluang kepada orang ramai untuk masuk melawat
perkarangan Istana Arau pada sebelah malam | Tarikh: 23 - 24 Mei 2014
dan 30 - 31 Mei 2014 | Masa: 9.00 malam - 11.00 malam | Pelbagai acara
kebudayaan disediakan-SUMBER
Saturday, March 8, 2014
Mangga harum Manis Harta Intelek Negeri Perlis
Musim mangga HArum Manis atau mempelam harum manis tiba lagi pada setiap April sehingga hujung Mei.
Untuk tahun 2014, menurut jangkaan penanam mempelam harum manis, hasil mungkin lebih banyak daripada tahun lepas. Jika tuan/ puan inginkan harum manis dikurier ke rumah tuan puan, silalah berhubung dengan En. Azmir, salah seorang pemilik kebun harum manis di kawasan Panggas dan Sungai Serai di nombor 012-4341447.
Untuk tahun 2014, menurut jangkaan penanam mempelam harum manis, hasil mungkin lebih banyak daripada tahun lepas. Jika tuan/ puan inginkan harum manis dikurier ke rumah tuan puan, silalah berhubung dengan En. Azmir, salah seorang pemilik kebun harum manis di kawasan Panggas dan Sungai Serai di nombor 012-4341447.
Saturday, March 1, 2014
Pasar Sabtu di Balai Baru, Beseri - 10 km dari Murni Homestay, Beseri
Homestay Murni, Beseri terletak berdekatan dengan Pasar Sabtu dan Rabu di Balai Baru.Pasar ini telah mengalami banyak pembaharuan setelah sekian lama beroperasi. Orang ramai dari kawasan tengah Perlis berpeluang untuk membeli barangan keperluan mereka di pasar ini. Berikut ialah gambaran suasana Pasar Sabtu di Balai Baru, Beseri. Pasar ini beroperasi pada setiap hari Sabtu dan Rabu, mudah untuk ditemui kerana ianya hanya berada tepi jalan berhampiran simpang tiga lampu isyarat di Balai Baru, Beseri
Keunikan pasar ini, banyak penjual anak2 pokok, anda boleh pilih nak anak pokok apa... |
Bahagian jualan makanan paling seronok dikunjuangi, banyak juadah tradisi Perlis |
Nasi lemak bungkus, masih 70 sen |
Inilah 'speciality' Perlis, pekasam ikan air tawar |
Inilah siput mentarang, bukan senang nak dapatkan dari pantai berlumpur di sepanjang pesisir pantai Perlis & Kedah |
Buah 'Munggai' sedap dibuat kari... terliurnya |
Rajinnya abang ni mengopek mentarang.. |
Isi mentarang yang dah dikopek, dijual dalam plastik, maklumlah sekarang ni surirumah semua pandai2 masak cuma tak berapa rajin jer, bak kata UAI- klik |
Burung puyuh yang dah siap untuk dipotong dan digoreng... 4 ekor rm10 jer- murah2 |
Ni lah pokok herba maman yang dibuat jeruk |
Jeruk maman, 'fames' di utara ni.. boleh try kat restoran Anjung Keli atau Warung Pokok Sawa |
Pelbagai jenis ikan, yang bestnyer telur ikan... |
Monday, February 3, 2014
Warung 'Kedai Bang Din', tepi jalan berhadapan SMK Syed Alwi, jalan Alor Setar ke Kuala Perlis
Warung 'Kedai Bang Din' mempunyai keunikan tersendiri. Jika anda ingin merasai ikan-ikan laut yang fresh dan digoreng rangup jangan lepaskan peluang berkunjung ke sini. Antara ikan laut yang unik di sini ialah ikan sebelah, ikan sembilang karang, ikan tongkol dan lain2 lagi bergantung kepada ikan yang didaratkan di jeti ikan Kuala Perlis.
Mula beroperasi seawal jam 9 pagi, tetapi menu gorengannya muncul dalam jam 10 pagi sehingga kira-kira jam 3 petang.
Mula beroperasi seawal jam 9 pagi, tetapi menu gorengannya muncul dalam jam 10 pagi sehingga kira-kira jam 3 petang.
Warung Pak Din yang dihiasi seadanya. |
Jalan besar dari Alor Setar (selatan) ke Kangar |
Barisan lauk pauk selera kampung |
Masakan 'deep fried' yang istimewa di sini |
Senarai harga yang jelas dipamerkan |
Saturday, February 1, 2014
Wang Kelian, Perlis ke Pakbara, Satun, Thailand
Peta ringkas Satun
|
Wilayah Satun terletak sebelah barat Songkhla, Thailand. Antara kelebihan perjalanan darat ke Phuket melalui Wang Kelian Perlis, Trang, Pathalung, Krabi, Phuket ialah kita dapat jimatkan jarak perjalanan hampir 100km.
Fakta yang lain, wilayah Satun merupakan kembar negeri Perlis, yang mana ramai orang Perlis yang mempunyai saudara mara di sana dan bertutur dialek Perlis. Ramai orang melayu yang tinggal di sana dan masih tidak dapat menguasai bahasa Thai, seperti contohnya di kampung Tanjong Pauh, Satun.
Jika anda inginkan sesuatu yang baru, bolehlah 'explore' sebelah sini pula yang selamat dari bom (insyaAllah), & border yang tidak sesak macam di Bukit Kayu Hitam.
Pondok imigresen Thailand di Wang Kelian
Kalau tak sempat beli insuran kenderaan siam, boleh beli kat sini, info centre
Signboard aluan ke Satun, di pasar Wang Kelian & Wang Prachan, Thailand |
Jalan menuruni bukit dari pintu sempadan ke Satun |
Selepas menempuh perjalanan sejauh hampir 60 km, akhirnya kami tiba di Pakbara Pier, port untuk ke pulau2 tropika sekitarnya. |
Tiket feri boleh beli kat sini, kalau nak ke Pulau Langkawi dari sini pun boleh. |
Peta pulau2 sekitarnya |
Jadual perjalanan feri & speed boat |
Ni Jeti feri di Pakbara Pier |
Feri dan bot yang menunggu pelancong untuk aktiviti 'island hopper' |
Salah sebuah resort cantik yang menghadap pantai |
Chalet lain yang agak jauh dari pantai, tetapi murah kadarnya- lebih kurang RM50 semalam |
Pantai di Pakbara |
Chalet tepi pantai yang diperbuat daripada buluh dan dilengkapi 'aircond' |
Resort yang dihiasi cantik dan di seberang jalannya ialah pantai |
Chalet lain yang murah dan mengadap laut |
Restoran masakan thai muslim di tepi pantai |
Hmm.. enaknya- macam2 masakan thai disajikan di dalam pondok2 buluh di tepi pantai |
Sebuah lagi resort milik muslim Satun Thai |
Pantai yang landai- kena tunggu air pasang dulu baru boleh mandi |
Resort unik yang dibina mengelilingi sebuah kubang/ kolam |
Restoran juga dibina di atas kolam |
Sempat posing di beranda dari luar pintu belakang bilik |
Suasana di sebuah bilik chalet yang dikunjungi |
Sebuah lagi resort cantik di tepi jalan besar Satun ke Pakbara |
Chalet2 dibina dengan senibina yang sangat unik |
Bentuk laman di resort2 Pakbara sangat dititik beratkan |
Tesco Lotus yang besar hanya 20 km dari pintu sempadan Wang Kelian |
Persimpangan Wang Prachan dan ke Wang Kelian |
Subscribe to:
Posts (Atom)