Friday, April 11, 2025

Lanskap Bunga Matahari di KTH Homestay & Chalet, Mata Ayer

Untuk April sehingga Mei 2025, lama KTH Homestay & Chalet dihiasi dengan tema Bunga Matahari. Bagi pengunjung yng gemarkan berada dalam suasana flora, bolehlah menginap di sini dan bergambar dengan bunga-bungaan Ros, Marigold, Portulaca dan Bunga Matahari.

Klik di gambar untuk ke link tiktok




Warung Harumanis Hutan Temin dah buka untuk musim 2025

Musim Mangga Harumanis Perlis dah bermula. Seperti tahun sebelum ini, Warung Harumanis Hutan Temin yang jaraknya hanya 50 meter dari KTH Homestay & Chalet kini telah mula beroperasi. Pengunjung boleh menikmati menu berasaskan buah mangga Harumanis di dalam suasana kebun Harumanis. Buah mangga Harumanis Perlis juga ada dijual disini.

Pihak KTH Homestay & Chalet berpeluang untuk memperkenalkan buah mangga Harumanis kepada pelancong dari Portugal, Mr Eduardo, dari Germany, Ms Vanessa, Mr Santiago dan Ms Gisselle dari Argentina yang menginap di chalet kami .


Berpeluang bergambar bersama owner warung, En Hanan bin Saad, partner, En Mohamad Fauwaz, Ms Vanessa & Mr. Eduardo.
Mr Eduardo & Ms Vanessa masing-masing dari Portugal & Germany bergambar dihadapan replika buah mangga Harumanis Perlis.
.


 
Mr Santiago & Ms Gisselle dari Argentina juga mencuba keenakan mangga Harumanis Perlis.

Friday, February 7, 2025

Glass Cafe di Gunung Medan

 Sebuah Cafe yang unik, berada di lereng Bukit Gunung Medan. Pengunjung boleh menikmati breakfast di sini dengan menu yang tidak kurang menariknya. tetapi kafe ini beroperasi sehingga jam 10:00 pagi sahaja, kerana faktor matahari yang mula memanas pada jam tersebut akan membuatkan ramai pengunjung tidak selesa. Untuk operasi malam, Kafe Glass ini akan beroperasi bermula jam 5 petang sehingga jam 11 malam. 

Untuk mereka yang meminati view dari sudut tinggi, boleh lah ke sini,

Untuk menginap di Perlis (klik)













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...