Saturday, June 30, 2012

Taman Herba yang mesti dilawati selepas Taman Anggur

Tempat menarik dan berbaloi untuk dilawati di Perlis ialah Taman Herba Perlis yang terletak di Sungai Batu Pahat, berdekatan Taman Anggur Perlis dan air terjun Bukit Ayer. Anda akan berjalan di bawah kanopi pokok-pokok kayu balak yang tumbuh asal disitu. Antara pokok balak kayu keras yang terdapat disitu ialah pohon Merbau.
Pengunjung juga berpeluang untuk membeli anak2 pokok herba yang dijual. Herba di sini juga agak unik kerana ada sesetengah tumbuhan herba yang hanya boleh didapati di Perlis sahaja.

Pintu masuk yang dihias cantik mengalu-alukan pengunjung

Pengunjung boleh mencuba rawatan berasaskan herba di pondok wakaf ni.

Bilik info dan  pameran yang masih dalam pembinaan / penyelenggaraan / ??

Pondok wakaf, kat sebelah kanan tu pokok Merbau- anai2 pun tak makan kayunya- pengalaman blogger tengok sendiri sarang anai-anai membaluti kayu ni tapi tak terusik langsung... buktinya ada di gambar bawah..


Panduan rawatan berasaskan herba

Laluan denai di bawah kanopi yang disediakan dengan tempat berehat... di kiri kanan denai terdapat pokok2 herba yang sangat berguna, kita tak akan kenal kalau tak ke sini.

Kemudahan bilik air

Panduan sebeum menyusuri denai2.
Pondok sauna herba- cantik dan unik

KTH Cottage Mint (klik KTHC)  mempunyai tiang kayu keras daripada pokok merbau yang ditebang dan digergaji dengan menggunakan tangan pada tahun 1974 (menurut Tn Hj Mat Isa - beliau membelinya dari seorang tukang kayu di Kg Utan Aji, Kangar Perlis) tuang kayu ni dah diselaputi dengan sarang anai2 di tempat simpanan kayu.

Monday, May 28, 2012

Tetamu Master Chef Astro

Pada 28 dan 29 Mei 2012, Rangkaian http://homestayperlis.blogspot.com menerima tetamu celebriti, Dr. Ezani pemenang pertama  dan pemenag kedua, En. Wahidan Master Chef Astro. Berikut gambar mereka di sini.
Menikmati kuih tradisional Perlis di atas beranda (verandah)

Posing di dataran parkir Masjid Al-Hussein, Kuala Perlis

En. Wahidan dan Isteri, pertama kali datang ke Perlis- ingin ke sini lagi bersama keluarga dari Sabah, hasrat beliau.

Demonstrasi masakan tempatan Perlis - lepas ni nantikan rancangannya di saluran Astro.



Bergambar kenangan bersama keluarga di hadapan rangkaian homestay KTH


Di hadapan MAH, tempat mereka menginap selama berada di Perlis.

Friday, May 18, 2012

Kuala Perlis the happening moment by the sea

Kuala Perlis adalah sebuah pekan Jeti ke Langkawi, pekan pendaratan ikan, pekan bersempadan dengan Thailand (Pengunjung boleh ke Thailand melalui laut di sini) dan kini menjadi pekan peancongan.

Keunikan Kuala Perlis, ialah di bahagian tambakan benteng penahan hakisan, pengunjung boleh melihat dan merasai bayu laut tanpa pencemaran daripada kawwasan penempatan penduduk seperti pekan2 kuala yang lain.

Pengunjung boleh menikmati jalan raya di tepi laut dari Kuala Perlis ke Kuala Sungai Baru dan Kuala Sanglang (sempadan Kedah) sepanjang lebih kurang 25 km. Lautnya juga berlatanr belakangkan kepulauan Langkawi yang jelas kelihatan dari tepi pantainya...

Restoran2 ikan bakar dan makanan lautnya juga agak tersusun dan pengunjung boleh buat pilihan dengan mudah. Kedudukan restorannya juga memang betul2 di tepi laut.

Homestay kami yang berada di Kuala Perlis ialah KNA Homestay 

jhvv
Gerai2 jualan di depan Hotel Brasmana, meriah...





Taman mainan berdekatan dengan gerai jualan dan restoran2 ikan bakar. Meriah dengan anak2 pengunjung walaupun malam.

Untuk lebih 'happening', kereta kuda pun ada...

Gerai jualan cenderamata

Gerai cenderamata Puan Arifah

'Keychain' kayu yang dihias dan dilukis cantik, pelanggan boleh minta dituliskan nama di atasnya.

Terdapat juga kayu yang bersaiz besar, sesuai untuk dibuat hiasan di dalam rumah.

Puan Arifah dan anak beliau tekun menyiapkan tempahan dari pelanggan

Salah satu lukisan berlatar belakangkan Gerai ikan bakar dan jambatan menghubungkan restoran terbuka di tengah laut milik Hotel Brasmana.

Antara pelanggan di gerai beliau

Anak Puan Arifah tekun melukis di atas kayu, 
* soalan kuiz, bagaimana caranya untuk memadamkan coretan/warna yang tertempel di atas kayu?












Lepas jalan2 naik kuda, tengok kincir angin besar di perkarangan Masjid Al-Hussein, main di taman mainan dan shopping di gerai2, jangan lupa mai makan ikan bakar kat deretan restoran2 ikan bakar ditepi laut ni...
*Jawapan soalan kuiz:- Tuan/Puan kena datang tengok sendiri macam mana adik tu melukis dan minta dia demo kan cara memadamkan coretan yang tersilap tu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...