Tuesday, July 26, 2022

BalBuk Haus, sebuah cafe ber'apresiasi' seni.

 Terletak di kawasan sawah bersebelahan Bukit Chuping, BalBuk Haus menjadi tarikan unik kepada mereka yang berkunjung ke Perlis. Beroperasi dari jam 5 petang sehingga 12 malam setiap hari kecuali hari isnin. Pengunjung dapat merasai suasana seni yang dibina sedikit demi sedikit oleh seorang anak jati kampung Balik Bukit, Chuping, Perlis.

En. Arafat, seorang penulis dan juga 'Sculpture Artist'  dengan novel terkini beliau berjudul "Sayap V" mempunyai impian besar untuk memperkenalkan kampung beliau dan seterusnya mempromosi negeri Perlis sebagai destinasi pelancongan pilihan amnya. 

Pengunjung ke galeri terbuka beliau dapat menikmati puisi2 yang ditulis secara santai yag diletakkan di sudut-sudut strategik di kawasan sekitar cafe seni beliau. Papan tanda yang diletakkan juga mengandung bahasa-bahasa puitis yang dapat memberikan kelainan kepada pelanggan,

PENGINAPAN MURAH, SELESA + KOLAM RENANG di PERLIS - KLIK SINI

Papan tanda berpuisi menghiasi sudut laman cafe.

Pokok bunga Telang, menjadi salah satu menu dalam hidangan di sini.

Kawasan lapang untuk bersantai sambil makan dan menikmati
pemandangan Bukit Chuping
.

Papan tanda berpuisi

Jika ingin menikmati minuman sambil membaca.


Berkesempatan bergambar dengan aktivis seni En. Arafat yang merupakan
pemilik BalBuk Haus.

Novel terkini En. Arafat Hambali, boleh dibaca sambil menikmati juadah yang disediakan.

Kata-kata puitis yang mengisi kunjugan.

Jalan masuk yang sempit melalui batas sawah memberikan keunikannya yang tersendiri.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...