Tuesday, November 27, 2012

Tasik Melati, Santan - 2 km dari D'Ngulang Homestay

Tasik Melati, Mata Ayer- lebih kurang 2 km dari D'Ngulang Homestay, Perawah, Mata Ayer kini telah melalui proses naik taraf. Berlatarkan bukit Chuping dan Kilang Simen- ianya menjadi destinasi bagi penduduk sekitar dan pelancong untuk berekreasi.

Kawasan Tasik telah diluaskan- berikut adalah gambar bahagian tambahan tasik yang di buat berkonsepkan pondok-pondok Pagoda di tengah tasik. 

Artikel lanjut tentang Tasik Melati- Klik

Pagoda di tengah tasik berlatarkan bukit Chuping dan kilang Simen.

Titi cantik yang menghubungkan antara pondok-pondok pagoda di tengah tasik

Bilik air awam yang disediakan

Pintu gerbang untuk memasuki sudut pagoda terletak di sebelah surau.
Surau berlatarkan tasik- bahagian tasik yang ditambah.

Saturday, November 10, 2012

D'solo Chalet, Mata Ayer, Perlis - video

Team ICT kami telah meng'upload'kan video D'solo Chalet untuk memberi gambaran yang lebih jelas tentang chalet ini dan konsepnya. Saksikanlah dan mohon 'viewers' berikan feedback di ruang comments di bawah. Makluman anda membolehkan kami meningkatkan kualiti dan cuba memenuhi kehendak pengunjung dengan membina chalet/ rumah tamu yang unik untuk tetamu2 ke Perlis. Terima kasih.

Saturday, September 8, 2012

Galeri taman di KTH guesthouses..

Dalam usaha mengindahkan taman dan suasana sekitar penempatan KTH guesthouses, Pihak pengurusan telah membuat pelaburan wang, masa dan keringat bagi memberi suatu kelainan kepada tetamu yang berkunjung ke sini. Banyak lagi gambar2 suasana di sini yang akan menyusul nanti...

Sudut Chrysanthemum

Chrysanthemum mini berwarna merah

kekwa di perlis
Chrysanthemum purple- cantik apabila mekar...
Chrysanthemum sulung yang berjaya berbunga- remeh juga nak jaga pokok bunga kekwa ni... banyak sangat mahkluk perosak...
Pelbagai jenis Chrysenthemum yang masih diperingkat percubaan.

Pokok limau kasturi yang ditanam sebagai pagar- tetamu bebas untuk memetik limau kasturi tersebut.

Chrysenthemum merah kerdil yang kerap berbunga dan bunganya juga agak tahan lama.

Buah kedondong yang berbuah lebat dan bebas di makan oleh tetamu yang menginap di sini.

taman sudut yang menanti tetamu ke KTH Cottage Mint


Burung sparrow yang telah menghuni di kawasan ini dari generasi ke generasi.

Kolam renang mini yang sedia menanti pengunjung...

Keturunan sparrow yang telah menghuni di sini sejak sebelum tanah ini dibangunkan.

Pohon konifer menceriakan pemandangan dan sepasu pudina yang boleh di ambil oleh tetamu yang inginkan 'herb medication' bagi menghilangkan migrain dengan meminum secawan teh yang dimasukkan beberapa helai daun pudina..

Papan tanda dipacakkan di depan sebuah taman mini bersama set kerusi dan meja batu di bawah pohon durian dan petai.


Bunga Chrysenthemumdalam peringkat percubaan- kurang sesuai ditanam di tanah pamah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...