Tuesday, May 11, 2010

TAMAN REKREASI TASIK MELATI










Artikel dan gambar di'copy' dari laman web JPS perlis

Penulis Jurnal : jps JPS Perlis01 Jan 2006

Tasik Melati kini merupakan salah satu destinasi pelancongan terkenal di negeri Perlis yang sentiasa menjadi tumpuan bagi aktiviti riadah dan rekreasi keluarga. Tasik ini terletak di Jalan Santan, 10 KM dari Bandar Kangar. Pada asalnya Tasik Melati adalah sebuah tasik atau paya terbiar dipenuhi tumbuhan liar dinamakan kercit.

Tasik ini tidak pernah kering airnya dan menjadi sumber air utama kepada petani untuk kegiatan pertanian
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mula membangunkan paya ini pada tahun 1977 dengan membina ban utama bagi meninggikan paras air untuk membekalkan air ke kawasan tanaman padi seluas 350 ekar.

Menyedari akan potensi kawasan ini, sebagai tarikan pelancongan, pelbagai usaha telah dijalankan semenjak tahun 1985 bagi menyediakan kemudahan infrastruktur yang melibatkan JPS, Unit Pentadbiran Daerah, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa dan Majlis Perbandaran Kangar.

Bermula tahun 2001, kerajaan negeri telah menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada JPS untuk perlaksanaan infrastruktur, penyelenggaraan dan pengurusan keseluruhan kawasan Tasik Melati seluas 80 ekar. Kini kawasan ini dikenali sebagai Taman Rekreasi Tasik Melati dengan penyediaan pelbagai kemudahan seperti wakaf rehat, taman permainan kanak-kanak, trek jogging, tandas, surau, tempat letak kereta, dan landskap indah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...