Showing posts with label padang besar homestay. Show all posts
Showing posts with label padang besar homestay. Show all posts

Friday, December 27, 2013

Homestay Murni, Beseri (HMB)

Homestay Murni mempunyai 2 bilik dan berharga RM140. Terdapat 1 bilik ber-aircond. Lokasi terletak di Taman Beseri Murni berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Beseri dan Markaz Tabligh Beseri. Kedudukan Beseri ialah 15 minit perjalanan ke Padang Besar dan 15 minit ke Kangar.

Bagi pengunjung yang ingin ke Padang Besar, homestay ini sangat sesuai untuk mereka. Kemudahan yang lain ialah terdapat kedai runcit dan banyak kedai makan dan restoran berdekatan
Pintu depan yang luas- boleh parkir 2 buah kereta

Meja batu di laman porch

Ruang tamu yang simple

Dapur

Bilik tidur

Bilik air

Monday, January 2, 2012

Santapan Diraja di Warung Pokok Sawa, Mata Ayer


Pada 21 Disember 2011, Restoran Warung Pokok Sawa, Mata Ayer menerima tetamu VVIP, DYTM Raja Muda Perlis dan DYTM Raja Muda Selangor.

 Meja tetamu VVIP, kelihatan MB, Dato' Seri Dr. Md Isa b Sabu bersama tetamu ke Bawah Duli Tuanku. 
 Meja tetamu Diraja membelakangi banner majlis santapan.


 Pagawai2 protokol Istana Arau, Perlis

 Tetamu2 pegawai pengiring DYTM Raja Muda Selangor

Bergambar kenangan bersama Raja Muda Perlis, Raja Muda Selangor, Syed Rino Hakem (pewaris Warung Pokok Sawa, dari Allahyarhamah Pn. Norma), En. Hassan and Dato Norizan

Banner aluan majlis 

 Warung Pokok Sawa dihiasi cantik.
Keberangkatan DYTM selepas Majlis Santapan Diraja.

Menu kampung selera orang2 Perlis yang dihidangkan, keli goreng (deep fried)- memang rangup dan sedap, gulai buah nangka, kerabu taugeh, sambal dan ulam-ulaman.

Homestay yang terdekat dengan Restoran Warung Pokok Sawa ini - MAH, KKH, KTH

Terima kasih kepada pihak pengurusan Restoran Warung Pokok Sawa yang sudi membenarkan gambar2 ini di'upload'kan dalam laman ini.

Sumber: http://www.facebook.com/pages/Warung-PokokSawa/131074314893

Kategori: Places of Interest- Where to eat - restoran Pokok Sawa 

Thursday, November 24, 2011

Destinasi baru Perlis, FRIM Mata Ayer

FRIM Mata Ayer terletak di Kaki Bukit, Perlis iaitu kira2 30 km dari bandar Kangar, tetapi hanya 10 km ke Padang Besar. Keunikan hutan di sini ialah kerana ia satu2nya hutan Monsun Tropika di Semenanjung Malaysia kerana ia terletak paling utara berdekatan dengan Hemisfera Utara.

Di pusat kajian FRIM ini terdapat lebih kurang 40 pokok jati yang tertua di Semenanjung Malaysia, iaitu ditanam pada tahun 1953 (kira2 58 tahun- 2011). Pokok2 Jati ini berasal dari Pulau Langkawi.

Pokok2 balak yang berasal dari Negeri Perlis ialah 'Meranti Temak Nipis', juga terdapat di plot kajian di sini.

Baru2 ini terdapat satu lagi tarikan ke Pusat Penyelidikan Hutan ini, iaitu pembinaan 'Canopy Walk'. Ia adalah satu kemudahan yang disediakan untuk memudahkan Penyelidik menkaji pokok2 balak seperti kajian penyakit, bunga2an, buah dan biji benih yang dihasilkan oleh pokok2 balak yang tinggi2 ini. Bahagian 'Canopy Walk' yang paling tinggi ialah 17 meter, dan paling rendah ialah 6 meter, berjarak 100 meter panjang.


Pengunjung ke sini boleh menikmati suasana hutan dan melihat pokok2 kayu balak yang besar2 dan tinggi2. Terdapat 2 buah 'guest house' yang boleh disewa pada kadar yang berpatutan.

Bagi penggemar koleksi pokok2 hutan dan eksotik, jualan anak2 pokok dan khidmat nasihat juga diberikan. Anatara anak2 pokok yang dijual disini ialah:- Jati, Mahogani, Khaya, Meranti Temak Nipis(Meranti Perlis) dan lain2.


Pintu masuk ke FRIM Mata Ayer, Kaki Bukit, terdapat pokok jati dan pine yang berusia lebih dari 30 tahun di kiri dan kanan jalan masuk.


Tapak perkhemahan yang disediakan, bersih dan lapang dengan pelbagai kemudahan yang disediakan.



Kem PLKN Guar Cenderai terletak di dalam kawasan plot kajian pokok2 Jati tertua di Malaysia.





'Canopy walk' yang panjangnya kira2 100 meter dengan ketinggian purata 11.5 meter.



Suasana perkhemahan yang cantik kerana pokok2 hutan yang ditanam secara tersusun dan tiada semak samun di bawahnya.


Pines Caribea ditanam pada 1974, berasal dari Kepulauan Honduras.




Log Kabin yang dihiasi dengan kepingan asli kayu2 jati.





Pandangan hadapan Log Kabin yang boleh disewa pada harga RM90 semalam.


Keadaan bilik di dalam Log Kabin dan kemudahan yang disediakan. Alangnya dibuat dari kayu 'Meranti Merah Muda'.





Jualan anak pokok juga disediakan. Contohnya anak pokok Khaya Ivorensis, hanya berharga RM2 sahaja.


Inilah hasilnya selepas 10 tahun. Pokok Khaya sangat mudah ditanam, dan ia bersifat 'self-pruning' tidak seperti pokok jati, jika tidak di cantas dahan, pohon jati akan menjadi rendang dan tidak sesuai untuk dikomersilkan kayunya. Kayu pokok Khaya sesuai untuk perusahaan perabot kerana kayunya yang sederhana keras.




Plot kajian pokok 'Merawan Siput Jantan' yang padat kayunya, dan juga pokok 'Khaya Invorensis'


Galeri FRIM yang dalam pembinaan.




Pokok minyak kayu putih, daunnya berbau seperti minyak 'cap kapak'


Monday, July 11, 2011

Musim buah-buahan di Perlis (Julai-Ogos)

Rasai pengalaman bercuti di Perlis ketika musim buah2an, kerancakannya boleh dilihat sepanjang jalan2 utama di Perlis- namun buah-buahan yang ada tidaklah sebanyak seperti di Guar Cempedak, Kedah.


Kedatangan anda ke Perlis boleh merasai buah-buah durian, manggis dan rambutan dari tanah dan cuaca subtropika Perlis.




Gerai menjual buah durian sepanjang jalan dari Kangar ke Padang Besar. Durian yang dijual adalah dari dusun2 berhampiran.
Rambutan juga ada- seikat dalam RM5 sahaja




Lagi jualan durian-buah durian yang dijual diberi jaminan tukar balik kalau ada yang rosak walaupun sudah dibeli dan dibawa balik rumah.




Pokok betik menunggu tetamu yang menginap di KTHA, Mata Ayer




Buah dokong juga khas untuk tetamu selagi masih ada.



Sunday, February 27, 2011

Restoran Nasi Kandar Pokok Petai( gambar terbaru)

Restoran Nasi Kandar Pokok Petai telah di naik taraf dari masa ke semasa. Dalam tinjauan terbaru kami, banyak perabot2 yang telah dibuat, termasuk 'gadget'2 unik yang direka.

Jumlah pengunjung ke restoran ini juga semakin bertambah. Ramai yang datang membawa anak masing2 kerana kanak2 memang menggemari suasana meja makan dan kerusi yang berbentuk buaian.

Buaian kayu yang unik memang menarik perhatian sesiapa yang mengunjungi restoran ini. Bagaikan suasana fantasi di dalam filem 'magika' . Satu2nya restoran unik di dunia yang dipunyai oleh En. Masri, seorang pemilik Bengkel foreman kereta dan bersama rakannya, seorang tukang kayu. Rekaan perabot kayunya adalah gabungan dua kepakaran - mekanikal dan kesenian ukiran.

Mungkinkah suatu hari nanti restoran ini akan cua meniru sebuah restoran di Lembah Kelang yang menawarkan pengunjung yang menjamu selera apa sahaja di restorannya termasuk perabot untuk dijual?


Suasana di depan restoran.

Barisan lampu yang dihias dicelah kepingan kayu yang dipotong berdasarkan bentuk asal batang pokok sangat unik dan cantik.

Kotak televisyen yang unik seperti 'bird house'

Kaunter 'cashier' seperti tergantung.

Salah sebuah kerusi yang unik, dengan ukiran lambang kereta dan tulisan Alfa Romeo.
Kini En. Masri telah memindahkan operasi pertukangan beliau ke kawasan berhampiran restoran untuk memudahkan beliau mematau kerja2. Dalam lawatan terbaru kami, En. Masri menunjukkan beberapa hasil pertukangan kayu unik beliau yang telah menerima tempahan dari pengunjung yang fanatik dengan hasil kerja kayu yang asli dan unik. Berikut gambar2 buaian kayu gergasi yang telah ditempah pelanggan:-
Anda berani! RM3000 sahaja. setiap kepingan kayu dibelah setebal tidak kurang dari 2 atau 3 inci, memang tebal dan berat....
Buaian yang ini mempunyai tiang penyokong yang panjang, atas permintaan pelanggan... lebih kurang RM4000

Buaian yang unik dan comel. Cuma satu sangga yang digunakan. Manakala pemegangnya dari gear jentera mesin padi. Lebih kurang RM3500

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...