Homestay Murni, Beseri terletak berdekatan dengan Pasar Sabtu dan Rabu di Balai Baru.Pasar ini telah mengalami banyak pembaharuan setelah sekian lama beroperasi. Orang ramai dari kawasan tengah Perlis berpeluang untuk membeli barangan keperluan mereka di pasar ini. Berikut ialah gambaran suasana Pasar Sabtu di Balai Baru, Beseri. Pasar ini beroperasi pada setiap hari Sabtu dan Rabu, mudah untuk ditemui kerana ianya hanya berada tepi jalan berhampiran simpang tiga lampu isyarat di Balai Baru, Beseri
 |
Keunikan pasar ini, banyak penjual anak2 pokok, anda boleh pilih nak anak pokok apa... |
 |
| Bahagian jualan makanan paling seronok dikunjuangi, banyak juadah tradisi Perlis |
 |
| Nasi lemak bungkus, masih 70 sen |
 |
| Inilah 'speciality' Perlis, pekasam ikan air tawar |
 |
| Inilah siput mentarang, bukan senang nak dapatkan dari pantai berlumpur di sepanjang pesisir pantai Perlis & Kedah |
 |
| Buah 'Munggai' sedap dibuat kari... terliurnya |
 |
| Rajinnya abang ni mengopek mentarang.. |
| Isi
mentarang yang dah dikopek, dijual dalam plastik, maklumlah sekarang ni
surirumah semua pandai2 masak cuma tak berapa rajin jer, bak kata UAI- klik |
 |
| Burung puyuh yang dah siap untuk dipotong dan digoreng... 4 ekor rm10 jer- murah2 |
 |
| Ni lah pokok herba maman yang dibuat jeruk |
 |
| Pelbagai jenis ikan, yang bestnyer telur ikan... |