Showing posts with label melancong ke Perlis. Show all posts
Showing posts with label melancong ke Perlis. Show all posts

Wednesday, August 31, 2011

Masjid Alwi, Kangar - Warisan Negeri

Masjid Alwi, Kangar adalah antara masjid tertua di negeri Perlis dan baru2 ini telah dibaik pulih dan ditambah dengan kemudahan hawa dingin. Terletak di tengah2 bandar Kangar, ia amat strategik dan mudah di cari oleh pengunjung ke Perlis yang datang dari arah highway PLUS Jitra/ Changlun yang keluar melalui Arau dan terus ke Kangar.

Masjid Alwi menjadi medan dakwah bagi tokoh2 agama negeri seperti SS Mufti dan pendakwah2 aliran Salaf. Masjid ini juga mesra Jemaah Tabligh, pengunjung boleh berinteraksi dengan jemaah tabligh di bahagian ruang masjid lama di sebelah pintu selatan masjid.

Masjid ini sangat meriah ketika kedatangan Ramadhan. Pengunjung boleh saksikan amalan sunnah dipraktikkan, iaitu tiada selawat antara solat trawikh (amalan seperti di tempat asal agama diturunkan iaitu Mekah dan Madinah), qiamulail dan iktikaf di akhir 10 hari bulan Ramadhan dengan dihadiri oleh jemaah dan alim ulama.

Jika pengunjung tercari2 amalan yang dikatakan berlawanan dengan amalan di masjid negeri2 lain di Semenanjung Malaysia, datang dan solat lah di sini, anda akan dapati, tiadanya bacaan doa secara beramai2, tiadanya doa qunut subuh (kecuali doa qunut nazilah), tiadanya 'majlis tahlil arwah' dll.

Jika anda mencari sebuah masjid lama dan hendak merasai suasana ketenangan beribadah di dalamnya, anda boleh cuba di sini dan anda boleh rasakannya sendiri.

Satu lagi perbezaan masjid di Perlis berbanding di Kedah ialah, tiadanya kolah/ takungan air untuk berwuduk. Air wuduk semuanya dari paip pili.

Selamat Berkunjung dan Beribadah di Perlis

Pandangan Masjid Alwi ketika Ramadhan, disediakan khemah untuk menampung jemaah yang ramai.

Tugu informasi

Sedikit maklumat tentang sejarah pembinaan masjid

Wednesday, June 22, 2011

Taman Anggur Perlis dengan rasminya dibuka Julai 2011

TAMAN ANGGUR PERLIS DI BAWAH SELIAAN JABATAN PERTANIAN NEGERI PERLIS YANG TERLETAK DI JALAN LAPANG SASAR BUKIT AYER,BATU PAHAT PERLIS, AKAN DIBUKA UNTUK ORANG RAMAI MULAI 18 JULAI 2011 MULAI PUKUL 10.00 PAGI HINGGA 6 PETANG SETIAP HARI DENGAN DIKENAKAN BAYARAN SEPERTI YANG TERSENARAI DI BAWAH:

TIKET MASUK

DEWASA RM 3.00


KANAK KANAK(BAWAH 12 TAHUN) RM 1.OO

PAKIR KERETA RM 2.00

PAKIR BAS PERCUMA


JUALAN BUAH SEGAR

BERBIJI RM 10.00/KILOGRAM

TANPA BIJI RM 15.00/KILOGRAM

JUALAN ANAK BENIH RM 15.00/POKOK

CAJ PENGGAMBARAN FILEM RM 500.00/HARI

CAJ PENGGAMBARAN DOKUMENTARI RM 200.00/HARI

PAKEJ MENUAI BUAH RM 40.00/KILOGRAM

PELBAGAI KEMUDAHAN LAIN JUGA DISEDIAKAN UNTUK PARA PELAWAT SEPERTI KEMUDAHAN SURAU,TANDAS AWAM,GERAI JUALAN/KIOSK,WAKAF DAN KEMUDAHAN RIADAH YANG LAIN.

DATANGLAH KE TAMAN ANGGUR PERLIS DAN RASAILAH KENIKMATANNYA SENDIRI

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH MENGHUBUNGI :

TUAN HJ KAMARUDIN BIN MALEK (0125980007)


PEMBANTU PERTANIAN KANAN KUASA USAHA TAMAN ANGGUR PERDANA NEGERI PERLIS.

link artikel lanjut disini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...