Showing posts with label destinasi menarik Perlis. Show all posts
Showing posts with label destinasi menarik Perlis. Show all posts

Monday, October 31, 2011

Masjid Terapung Terindah di Selat Melaka

Masjid al-Hussain, Kuala Perlis menjadi mercu tanda baru di Pekan Kuala Perlis. Ianya didekorasikan dengan perancangan yang teliti.
Berhampirannya terdapat sebuah pelantar dan menara peninjau untuk pengunjung merakamkan saat2 indah berlatarkan masjid al-Hussain ini.



Jalan masuk ke dalam masjid, sebelah kirinya dilengkapi dengan perpustakaan dan pejabat pentadbiran.



Pandangan dari Masjid, Jeti feri Kuala Perlis-Langkawi. Tiada alasan bagi yang tidak sempat bersolat fardhu di Masjid.




Pintu pagar masjid yang sangat dekat dengan Jeti membolehkan para musafir berehat sebelum meneruskan perjalanan sama ada dari Pulau Langkawi mahupun ke Pulau Langkawi.



Pemandangan yang indah ini dirakamkan pada waktu Dhuha lebih kurang jam 10 pagi, lihatlah langit membiru tanpa awan, kelihatan pulau Langkawi disebelah kiri dan Pulau Brasmana, Thailand sebelah kanan (dahulunya wilayah Malaysia)



Lagi pemandangan masjid berlatarkan kepulauan Pulau Langkawi.



Inilah menara masjid yang boleh menjadi panduan kepada pelaut kerana ia akan bercahaya di waktu malam dengan cahaya yang berlainan menandakan waktu Maghrib, Isya dan Subuh.



'Foundation' masjid yang betul2 dibina di atas laut. Apabila bersolat, pengunjung boleh melihat laut kerana arah kiblatnya memang menghadap laut. Suasana akan lebih cantik ketika air laut pasang.


Tempat mengambil wudhu', airnya dialir terus ke laut.


Namun jangan dilupa dengan Masjid Kuala Perlis yang lama. Jaraknya lebih kurang 6 km dari masjid baru Al-Hussain.

Monday, October 3, 2011

Jom pekena jelly nira nipah

Tarikan ke Kuala Sanglang, Perlis tidak boleh dilepaskan tanpa berkunjung ke Nira Nipah Kipli (blognya di sini). Bagi pengunjung yang ingin tahu bagaimana nira diperolehi dari pohon nipah, anda boleh pelajarinya di sini sambil merasai keenakan air nira nipah.

Perjalanan ke tempat ini dari Kuala Perlis, anda perlu tempuhi jalan persisir pantai Kuala Perlis, Sungai Baru dan akhir sekali Kuala Sanglang Perlis (selepas melintasi sungai di muara pekan Kuala Sanglang, anda akan memasuki Kuala Sanglang Kedah.

Dalam perjalanan dari Kuala Sungai baru, anda akan terjumpa signboard seperti di dalam gambar di bawah. Tetapi sebelum ke sini eloklah telefon En. Kipli 017-4306245 untuk mendapatkan maklumat sama ada terdapat nira atau tidak pada tarikh yang anda ingin kunjungi. Pengunjung juga boleh dapatkan cuka nipah, selain daripada air nira dan jelly nira nipah.

Selamat berkunjung ke Perlis dan rasai pengalaman berada di negari yang ter-utara dan ter-barat di Tanah Besar Semenanjung Malaysia.




Jelly nira nipah, sedap mengalahkan jelly air kelapa. 'Tak sempat sampai rumah, dah habis makan sekeluarga dalam kereta'

Signboard jalan

Signboard ke Ladang Nipah Kipli. Beliau mendapat bantuan daripada Jab. Pertanian dan juga MADA
Jalan masuk dihiasi dengan pepohon nipah yang dijaga rapi.



Bagi setiap rimbunan nipah, terdapat lopak air di tengahnya. Pengunjung, terutamanya kanak2 berpeluang memerhatikan ikan belacak yang cekap bermain lumpur dan ketam2 batu yang berlumba-lumba memasuki lubang persembunyian.


Antara pengunjung yang bersiar2 di celahan rimbunan pepohon nipah yang dijaga rapi dan cantik.


Terdapat pondok2 dan kerusi batu untuk pengunjung bersantai sambil menikmati kemanisan air nira nipah.



Turut disediakan surau yang merupakan sebuah pondok binaan tradisional.



Laman yang ditanami dengan pepohon rendang, antaranya pohon mangga dan pohon buah cermai.




Inilah buah nipah, dari tangkainya lah selepas dipotong, air nira ditadah.



Ayu, membantu keluarga di kiosk cantik menjual hasilan yang dikeluarkan oleh ayahnya, En. Kipli



Sebuah bengkel yang digunakan untuk mengumpulkan hasilan nipah. Dalam tong hitam itu nira nipah yang diperam untuk menghasilkan cuka nipah.


Shofiyah Raudhah tertarik dengan hiasan di kiosk.


Plastik berisi air nira yang keluar daripada tangkai buah nipah yang dipotong.



Denai laluan di dalam Ladang Nipah yang membuatkan si kecil tidak mahu pulang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...