Pintu pagar masjid yang sangat dekat dengan Jeti membolehkan para musafir berehat sebelum meneruskan perjalanan sama ada dari Pulau Langkawi mahupun ke Pulau Langkawi.
Showing posts with label Kuala Perlis. Show all posts
Showing posts with label Kuala Perlis. Show all posts
Monday, October 31, 2011
Masjid Terapung Terindah di Selat Melaka
Pintu pagar masjid yang sangat dekat dengan Jeti membolehkan para musafir berehat sebelum meneruskan perjalanan sama ada dari Pulau Langkawi mahupun ke Pulau Langkawi.
Saturday, January 16, 2010
Destinasi wajib, Kuala Perlis
Gambar suasana di lokasi yang selalu dikunjungi pelancong di Kuala Perlis. Kawasan ini adalah laut suatu ketika dahulu. Kini ditambak untuk dibangunkan dengan pelbagai kemudahan jeti, medan selera, bazar, kedai dan hotel. Kuala Perlis sangat menarik untuk dikunjungi, terutamanya di waktu petang untuk bersantai sambil menikmati bayu laut.
Pengunjung boleh melepak sambil minum2 di medan selera yang banyak di sepanjang pantai. Jalan pesisir pantai juga menarik, terdapat beberapa gerai makan kecil2an di sepanjang jalan. Di lokasi medan selera, pengujung boleh menaiki kereta kuda yang disediakan.
Aktiviti malam lebih meriah, terdapat persembahan dari penyanyi di Kafe Hotel Brasmana. Pengunjung boleh menumpang lepak di padang berhadapan Hotel dan bersebelahan bazar untuk menikmati persembahan tersebut. Namun pengunjung harus sampai awal seawal selepas solat maghrib, di medan selera, terutamanya pada hujung minggu, kalau tidak, silap haribulan takde tempat dah...
Di sekitar laluan pejalan kaki di tepi laut.
Laluan pejalan kaki di tepi laut, di belakang, restoran di tengah laut.
Suasana di menara peninjau



Subscribe to:
Comments (Atom)