Showing posts with label budget homestay perlis. Show all posts
Showing posts with label budget homestay perlis. Show all posts

Monday, June 23, 2025

11 Unit Chalet di KTH Homestay & Chalet

Unit-unit chalet di KTH Homestay & Chalet dilengkapi dengan penghawa dingin dan bilik air di dalam setiap chalet. Terdapat 11 unit chalet yang terdiri daripada 5 unit chalet berkatil Queen sahaja dan 6 unit chalet berkatil Queen dan Single. 

Setiap cluster chalet mempunyai pantry masing-masing. Tetamu boleh memasak dan menyimpan makanan di dalam peti ais di setiap pantry. Pihak KTH sangat mengambil berat keselesaan para tetamu yang menginap di sini.

Setiap unit chalet disewakan pada RM95 semalam. Untuk 'Private Pool' Kolam C, tetamu akan dapat 2 unit chalet berharga RM190 semalam. Untuk 'Private Pool' Kolam A terdapat 5 chalet (2 unit berkatil Queen & Single, 3 unit berkatil Queen sahaja) berharga RM475.

Untuk tempahan sila hub http://www.wasap.my/+60197299661


Bilik Chalet no 10, betul-betul depan kolam



Pantry & BBQ corner untuk Chalet 3 & 4


Pantry Chalet 1 & 2


Private Kolam C - 2 unit Chalet 

Private Kolam A - 5 unit Chalet




Pantry Chalet 5 & 6


Chalet berkatil Queen & Single.





Friday, November 25, 2022

Nasi Dagang Terengganu di Arau, Perlis?

    Restoren Nasi Dagang Terengganu terletak di Batas Liku atau persimpangan dari arau ke jalan Padang Nyu sebelum naik jejantas bengkok Arau ke Kangar. Kedudukan restoren ini sangat mudah kelihatan dari jalan besar dan mempunyai suasana lapang dan bersih. Nasi dagang yang dihidangkan memang diusahakan oleh pasangan suami isteri yang mewarisi resepi Nasi Dagang Terengganu daripada ibu bapa sebelah suami yang berasal dari Negeri Terengganu. 

    Bagi pengunjung ke Perlis yang ingin merasai nasi dagang Terengganu bolehlah datang ke sini. Restoren ini juga menghidangkan set sarapan pagi yang lain seperti nasi lemak, roti canai, telur separuh masak, roti telur gedik dll.

MENGINAP DI PERLIS DAN MENEROKA PANORAMA PERLIS (KLIK)


Suasana tempat makan yang lapang

Nasi Dagang ori Terengganu berlauk ikan tongkol.

Nasi Dagang berlauk daging masak hitam

Roti telur gedik.



Produk Daging Ketuk Berlada yang dikeluarkan sendiri.


Signboard yang sangat jelas

                   

Monday, November 14, 2022

Kampung Warna Warni Kuala Perlis

Tarikan popular di Kuala Perlis ialah Kampung Warna Warni. Pengunjung boleh bersiar-siar di kawasan perkampungan ini dan bergambar puas-puas. daripada kampung ini, pengunjung boleh mendaki jambatan pejalan kaki dan motosikal yang juga dicat dengan warna warni. Jambatan Tuanku Syed Putra ini menghubungkan Kampung dengan Pekan Kuala Perlis. daripada atas jambatan ini pengunjung dapat melihat muara sungai Perlis dengan lebih jelas dan pemandangan yang lain, seperti jeti feri ke Pulau Langkawi, jeti pendaratan ikan, Pekan Kuala Perlis dan kampung Warna Warni itu sendri. 

Berkunjung ke sini pada waktu petang selepas asar adalah sangat sesuai kerana terdapat pelbagai aktiviti jualan yang dijalankan oleh penduduk setempat di sini. Pengunjung juga boleh menikmati pemandangan sunset dari atas jambatan Tuanku Syed Putra ini.





Jualan hasilan laut terdapat di gerai2 berhampiran jalan masuk
ke Jambatan Tuanku Syed Putra
.







Pemandangan perkampungan Warna Warni dari atas jambatan



Dekorasi di dinding tembok dalam perjalanan ke Kampung Warna Warni dari arah Kampung Seberang Ramai.


Rumah-rumah yang dicat cantik.




Taman mini yang unik di tepi jalan ke Kampung Seberang Ramai.






Laluan melalui celah2 rumah penduduk yang telah dihias cantik dan melalui laun ini pengunjung boleh berjalan ke Jambatan Tuanku Syed Putra.



 

Monday, February 15, 2010

20 BAKAU EMAS HOMESTAY, KANGAR

Bagi tetamu yang mempunyai urusan di bandar Kangar, rumah tetamu ini adalah yang paling sesuai. Berdekatan dengan pusat bandar Kangar dan terdapat sebuah pasaraya berdekatan dengannya.

Gambaran hadapan rumah

Bilik 1, berhawa dingin
Ruang tamu tingkat atas

Bilik 2
Bilik 3
Dapur, dilengkapi peti ais, mesin basuh dan lain2

Friday, December 4, 2009

The uniqueness about Perlis

Here are something that can only be seen in Perlis compared to the other states in Malaysia. The pictures will tell...

HPA main office at Jejawi, but you have to write them before the visit. Nearby Homestay Mata Ayer, Sri Lanchang and Kg Kersik, there is Kg Changkat Lada, the origin of HPA. The guests can observe the traditional way of chopping and processing the herbs and plant roots for HPA. The homestay operators are more than willing to bring them to see the place and the visitors can also visit Tn Hj Ismail's early house and his father's house.














Grape vineyard














Bamboo shoot industry














Sugar cane plantation

















Recorded the largest in Malaysia














Snake farm and venom research centre



















The practice of the so called 'wahabi' by Perlis muslim that could been seen in most Masjid in Perlis, especially the state Masjid, Masjid Alwi and the royal Masjid, Masjid Arau. Never be found anywhere in Malaysia....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...