Friday, June 14, 2024

Kofee kitchen, Kangar, Perlis

 Kofee Kitchen ditubuhkan bersama 3 orang sahabat yang mempunyai latar belakang yang berbeza terus menjadi pilihan pelanggan yang sukakan vibes.  Mereka adalah:-

1. Norizaty- graphic designer 

2. Isma - BBA

3. Nazhatul Anis- Electical Engineering

Memulakan operasi pada  Jun 2016, tiga sahabat tidak menoleh ke belakang untuk terus maju dalam perniagaan F&B ini. Ianya tertumpu kepada kesabaran dan passion setiap rakan kongsi untuk menjadikan kafe ini menjadi tarikan kepada pelanggan yang gemarkan suasana santai dan tenang dengan hidangan yang sedap. 

Hidangan di sini lebih kepada Western cuisine, kek  dan pastri

Masa operasi ialah daripada pagi 10:30am sehingga jam 12:30pm. 

Kafe ini mengamalkan Philosophy yang baik, dimana staff perlu merasai bagaimana perasaan pelanggan apabila mula melangkah masuk ke restoren. Mereka juga menggunapakai sistem POS yang di improvised supaya sesuai dengan sistem pengambilan order dan penyediaan hidangan supaya tempahan makanan dan minuman tidak disalah hantar dan penyediaannya juga cekap dan cepat.

Pihak Restoren juga mengamalkan pemberian insentif kepada staf berdasarkan rekomendasi daripada customer, contohnya review oleh pelanggan yang sukakan layanan daripada staf tertentu.

Kafe ini juga menggunakan biji kopi yang diimpot dari Papua New Guinea dan Brazil. 

Ketika ditanya tentang persaingan, Isma menjawab bahawa mereka percaya kepada ketentuan rezeki daripada Tuhan, dan menegaskan mereka cenderung kepada penjualan vibes dan servis. Nasihat lain daripada Isma ialah pengusaha restoren perlu mengekalkan kualiti hidangan, rapport dan kemesraan dengan pelanggan untuk mengekalkan daya saing sesebuah restoren. 

Untuk Kofee Kitchen, mereka mengekalkan standard operasi dengan menukar 'Platting' untuk setiap 6 bulan dan menukar menu setahun sekali.

Syabas dan moga terus maju jaya.

MERASAI VIBES DI KOFEE KITCHEN DAN BERMALAM DI PERLIS, KLIK!


Cik Isma 3 dari kiri bersama pelancong dari Texas, USA dan host KTH Homestay & Chalet.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...