 |
| Hard-Rock Phuket berdekatan dengan pantai Patong |
 |
| Komaree Mansion, bermakna Mansion Bulan- Qomar dalam bahasa Arab ialah bulan.Pemiliknya muslim, tapi tak tau cakap melayu, anak perempuan beliau boleh berbahasa Inggeris. |
 |
| Di Hotel ni terdapat pantri yang mempunyai kemudahan paip air dan tempat untuk memasak- kami masak sarapan di sini. |
 |
| Tak jauh dari Komaree Mansion ialah pantai Patong yang famous tu... sepanjang pantai terdapat tempat2 untuk mengurut kaki- tetapi untuk wanita je lah, yang lelaki takde lah. |
 |
| Pantainya yang landai dan cantik sangat terkenal- kelihatan kapal persiaran Star-Cruise berlabuh berdekatan pantai Patong. |
 |
| Ukiran Patong Beach di sepanjang kawasan pejalan kaki. |
 |
| Hotel Austrian Garden yang bersebelahan Komaree Mansion- ada swimming pool dan laman rumput yang cantik dan bersih- satu idea untuk KTH homestay. |
 |
| Gambaran ntipikal bandar2 di Thailand |
 |
| Pantai Patong, kerusi2 ni akan dicaj 100 baht kalau teringin nak lepak atasnya. |
 |
| Kawasan gerai jualan barangan kraf tradisional Thailand di sepanjang pantai. |
 |
| Thailand terkenal dengan sutera thai. Pekedai kat Phuket fasih berbahasa Inggeris. |
 |
| Merasai pengalaman menaiki gajah- jalanya menaiki bukit dan lalu di celah2 pokok balak, sangat mendebarkan, tetapi kita dapat rasai bertapa cermatnya gajah berjalan melalui denai2 yang sempit- rugi kalau tak cuba. |
 |
| Karon view point se-gah namanya, tempat yang tinggi dan boleh bergambar dengan berlatar-belakangkan bandar Phuket. |
 |
| Phonthep, tempat kajian janakuasa daripada kincir angin- boleh tengok kincir angin gergasi di sini. |
 |
| Di penjuru Phonthep juga menjadi tempat model2 antarabangsa bergambar. Kami tumpang bergambar je... |
 |
| Karon View Point- penuh dengan gaya2 bergambarbagi medapatkan sudut menarik berlatar belakangkan bandar Phuket dan lautan membiru. |
 |
| Safari Kokchang, tempat gembala gajah- aktiviti yang boleh dibuat di sini- melihat gajah (free), beri makan gajah (kena beli tebu kat sini), menunggang gajah (800 baht seorang). |
 |
| Phomthep, penjuru pulau Phuket- tempat yang menarik untuk bergambar dan menikmati pemandangan yang menarik. |
* Komaree Mansion boleh dihubungi di komareepatong@hotmail.com
atau di alamat
34Rat-u-thit 200 Pee rd,
Patong Kathu Phuket,
Thailand 83150
tel: +66(0)76 340 670
fax.: +66(0)76 342 407
No comments:
Post a Comment