Thursday, March 3, 2011

Taman Pokok Jati, Kaki Bukit

Taman Pokok Jati tertua di Perlis terletak di Kg Baru, jalan ke Pekan Kaki Bukit atau jalan ke Gua Kelam. Bagi pengunjung yang ke Gua Kelam atau dari Gua Kelam nak ke Padang Besar, bolehlah singgah di sini. Papan tandanya jelas ditepi jalan. Taman ini diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perlis.

Antara cerita menarik, dari taman jati inilah Raja Perlis pernah menitahkan diperbuatkan singgahsana Baginda dari pokok jati yang berasal dari Perlis.

Untuk tujuan lawatan, anda boleh hubungi:-

JABATAN PERHUTANAN NEGERI PERLIS
Km 2, Jalan Kaki Bukit, 01000 Kangar, Perlis Malaysia.
Tel: 04-9776626, 9765966 Fax: 04-9767901
Email: forestry@perlisforestry.gov.my

atau kunjungi laman web Jabatan perhutanan di http://www.perlisforestry.gov.my/


Pusat pelawat ke taman jati.


Tembok tanda yang mudah dilihat sebelum ke Gua Kelam, Kaki Bukit dari Padang Besar.


Pokok2 jati yang bersaiz lebih dari satu pemeluk.

Papan tanda penunjuk jalan.

Sebatang pokok jati yang agak matang.

Jalan denai ke taman jati.

Tembok tanda ke Guar Chenderai, di sini terletaknya pusat penyelidikan FRIM dan di dalam pusat ini terletaknya Kem PLKN Guar Chenderai.
Masjid Kg Baru terletak di seberang jalan masuk ke Frim dan Taman Pokok Jati.








Pokok2 kayu balak pelbagai spesis yang besar, suasana teduh dan cantik.







Jalan ke Padang Besar dari Kangar, lihat signboard hijau kuning, arah ke Felcra Lubuk Sireh & Kem Bina Negara, belok ke kiri.









Signboard ke FRIM



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...