Pada 1 Ogos 2026, suatu Majlis Apresiasi PPHM & Perlis Culture Ride sempena Festival Kraf Utara (FKU) 2026 telah diadakan di Kluster Homestay Kampung Rama, Sanglang, Perlis. Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran YAB Menteri Besar Perlis, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, seni dan Budaya, Malaysia, Timbalan KSU (Kebudayaan), Timbalan KSU (Pengurusan),Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan Pengarah MOTAC Perlis.
Pelbagai acara diadakan seperti Persembahan Gendang Terinai, Demonstasi Gasing, Sajian Makanan Warisan, Pameran Perlis Geopark.
Dalam majlis tersebut juga telah diadakan majlis penyerahan sijil oleh YBhg. KSU MOTAC, untuk sijil pendaftaran Kluster PPHM kepada Kluster Homestay Kg Rama, sijil pendaftaran peserta & plak PPHM kepada Homestay Kouniti Kampung Rama, Sanglang dan Homestay Kampung Paya Guring, penyerahan sijil pendaftaran KampungStay kepada Kluster Homestay Kampung Ujung Bukit, Homestay Nakawan Perlis, Homestay Kampung Paya Guring, Homestay Felda Mata Ayer dan akhir sekali penyerahan sijil dan plak ASEAN Tourism Standard kepada Homestay Nakawan Perlis.
Berikut adalah gambar-gambar majlis tersebut:-
 |
|
| YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha MOTAC menyerahkan sijil pengiktirafan KampungStay kepada pengusaha KTH Homestay & Chalet. |
|

 |
| En Idris dan isteri juga telah mendapat sijil KampungStay, mereka mengusahakan homestay di Kampung Darat, Beseri. |
 |
| YAB Menteri Besar, Tuan Abu Bakar bin Hamzah mencuba makanan tradisi yang dipamerkan di majlis tersebut. |
 |
| Penyelaras Kluster Homestay Nakawan, En Johari bin Din menerima plak ASEAN Tourism Standard bagi pihak Homestay Nakawan Perlis |
 |
| Sebahagian pengusaha Homestay Nakawan Perlis bergambar dengan sijil masing-masing |