Monday, November 4, 2024
Friday, November 1, 2024
Selamat Datang rombongan pelajar dan guru SK Tumpat 1
Pada 28 hingga 30 Oktober 2024, 2 buah bas rombongan murid dan guru Sekolah Kebangsaan Tumpat 1, Kelantan telah bertandang ke homestay kami. Mereka juga telah menempah makanan dan minuman untuk sesi sarapan dan makan malam. Sepanjang lawatan, mereka telah melawat tempat-tempat menarik yang ada di negeri Perlis ini.
Untuk menginap di Perlis (Klik)
Tuesday, August 27, 2024
Influencer CEO Batu bertamu di sini
Pada 17 Ogos 2024, kami menerima tetamu influencer terkenal dengan nama CEO Batu dan beliau sudi untuk review Homestay & Chalet di dalam tiktok beliau. Klik link dibawah..
https://vt.tiktok.com/ZS2kJdVYE/
Sunday, July 7, 2024
Meeting pendaftaran Program Kampung Stay
8 Julai 2024, pihak homestay menghadiri mesyuarat dan taklimat pendaftaran Program Kampung Stay di bilik mesyuarat Aquamarine, MOTAC, Kuala Perlis.
Saturday, June 29, 2024
Selamat datang tetamu dari USA
Menginap di chalet depan kolam. |
Ketibaan rombongan di kawasan parkir. |
Dinner istimewa di Koffee Kitchen, Kangar. Bergambar dengan pemiliknya, Isma (3 dari kiri). |
Supper lewat malam dengan Burger Ramli di warung burger di Pekan Mata Ayer. |
Friday, June 14, 2024
Kofee kitchen, Kangar, Perlis
Kofee Kitchen ditubuhkan bersama 3 orang sahabat yang mempunyai latar belakang yang berbeza terus menjadi pilihan pelanggan yang sukakan vibes. Mereka adalah:-
1. Norizaty- graphic designer
2. Isma - BBA
3. Nazhatul Anis- Electical Engineering
Memulakan operasi pada Jun 2016, tiga sahabat tidak menoleh ke belakang untuk terus maju dalam perniagaan F&B ini. Ianya tertumpu kepada kesabaran dan passion setiap rakan kongsi untuk menjadikan kafe ini menjadi tarikan kepada pelanggan yang gemarkan suasana santai dan tenang dengan hidangan yang sedap.
Hidangan di sini lebih kepada Western cuisine, kek dan pastri
Masa operasi ialah daripada pagi 10:30am sehingga jam 12:30pm.
Kafe ini mengamalkan Philosophy yang baik, dimana staff perlu merasai bagaimana perasaan pelanggan apabila mula melangkah masuk ke restoren. Mereka juga menggunapakai sistem POS yang di improvised supaya sesuai dengan sistem pengambilan order dan penyediaan hidangan supaya tempahan makanan dan minuman tidak disalah hantar dan penyediaannya juga cekap dan cepat.
Pihak Restoren juga mengamalkan pemberian insentif kepada staf berdasarkan rekomendasi daripada customer, contohnya review oleh pelanggan yang sukakan layanan daripada staf tertentu.
Kafe ini juga menggunakan biji kopi yang diimpot dari Papua New Guinea dan Brazil.
Ketika ditanya tentang persaingan, Isma menjawab bahawa mereka percaya kepada ketentuan rezeki daripada Tuhan, dan menegaskan mereka cenderung kepada penjualan vibes dan servis. Nasihat lain daripada Isma ialah pengusaha restoren perlu mengekalkan kualiti hidangan, rapport dan kemesraan dengan pelanggan untuk mengekalkan daya saing sesebuah restoren.
Untuk Kofee Kitchen, mereka mengekalkan standard operasi dengan menukar 'Platting' untuk setiap 6 bulan dan menukar menu setahun sekali.
Syabas dan moga terus maju jaya.
MERASAI VIBES DI KOFEE KITCHEN DAN BERMALAM DI PERLIS, KLIK!
Cik Isma 3 dari kiri bersama pelancong dari Texas, USA dan host KTH Homestay & Chalet. |
Sunday, May 26, 2024
Selamat datang kepada Keluarga En. Shahril Amin dari Ipoh
Thursday, April 25, 2024
Warung Harum Manis Kg Hutan Temin, Mata Ayer
Sunday, April 14, 2024
Menyantuni tetamu dari St Petersburg, Persekutuan Russia
Terima kasih kepada Mr Seraphim dan isteri, Pn Olesya dari St Petersburg, Russia yang singgah ke chalet kami untuk merasai suasana Ramadhan di Perlis dikelilingi oleh masyarakat muslim. Memang diakui agak sukar untuk mereka mencari restoren yang buka di siang hari, namun mereka sudah terbiasa untuk mendapatkan makanan dari kedai runcit dan kedai 7 Eleven berdekatan. Pada petangnya, mereka dapat shopping sakan di Bazar Ramadhan.
pihka homestay juga membawa mereka ke kebun mangga Harum Manis berdekatan sempena musim mangga Harum Manis dan mereka juga dapat merasai pengalamam mengait kelapa dan minum air kelapa muda dari kebun kelapa berdekatan. Berikut adalah gambar2 yang sempat diambil daripada aktiviti pelancong Russia ini di Perlis sempena Ramadhan.
Bergambar di depan chalet penginapan. |
Setiap pelancong Eropah akan teruja dengan nenas. |
bershopping di bazar Ramadhan. |
Membeli juadah makan malam di bazar Ramadhan. |
Dinner selepas terawikh. |
Melawat kebun mangga Harum Manis Cikgu Non di Mata Ayer. |
Merasai mangga Harum Manis buat kali pertama. Berjaya mengejutkan Seraphim dengan kemanisannya, "it's like honey!" |
Membeli belah di Nat Pokok Getah. |
Meronda kampung |
Pengalaman mengait buat kelapa. |
Sudah bersedia dengan jug. |
Sudah dapat 2 biji kelapa muda. |
Wednesday, February 21, 2024
D'Kenduri House - makan tengah hari ala kenduri dulu-dulu
Restoren D'Kenduri House, Jalan Mata Ayer- Beseri dibuka dari jam 11 sehingga 3 petang. Ia menyajikan juadah makan tengah hari dengan pelbagai lauk berkonsepkan masakan kampung. Antara yang pengunjung boleh cuba, sayur Jeruk Maman, Asam pedas/ singgang ikan puyu, kari rebung, kurma (masak putih) daging dan lain-lain lagi. Klik sini untuk lokasi
D'Kenduri House dalam portal berita lain, klik
MENGINAP DI PERLIS DAN RASAI MASAKAN KAMPUNG (klik)
Ruangan untuk selfie. |
Tempat parkir yang mudah dan luas. |
Suasana tempat makan yang tenang dan dinaungi pokok 'pukul lima'. |
Hiasan lapik meja menggunakan kain batik. |
Sayur Jeruk Maman |
Barisan lauk pauk menanti pengunjung. |
Singgang ikan puyu yang dikail dari sawah bendang berdekatan. |
Masak asam ikan haruan, juga dikail dari sawah berdekatan. |
Kari daging dan rebung, sangat menyelerakan. |