Musim mangga HArum Manis atau mempelam harum manis tiba lagi pada setiap April sehingga hujung Mei.
Untuk tahun 2014, menurut jangkaan penanam mempelam harum manis, hasil mungkin lebih banyak daripada tahun lepas. Jika tuan/ puan inginkan harum manis dikurier ke rumah tuan puan, silalah berhubung dengan En. Azmir, salah seorang pemilik kebun harum manis di kawasan Panggas dan Sungai Serai di nombor 012-4341447.
Saturday, March 8, 2014
Saturday, March 1, 2014
Pasar Sabtu di Balai Baru, Beseri - 10 km dari Murni Homestay, Beseri
Homestay Murni, Beseri terletak berdekatan dengan Pasar Sabtu dan Rabu di Balai Baru.Pasar ini telah mengalami banyak pembaharuan setelah sekian lama beroperasi. Orang ramai dari kawasan tengah Perlis berpeluang untuk membeli barangan keperluan mereka di pasar ini. Berikut ialah gambaran suasana Pasar Sabtu di Balai Baru, Beseri. Pasar ini beroperasi pada setiap hari Sabtu dan Rabu, mudah untuk ditemui kerana ianya hanya berada tepi jalan berhampiran simpang tiga lampu isyarat di Balai Baru, Beseri
Keunikan pasar ini, banyak penjual anak2 pokok, anda boleh pilih nak anak pokok apa... |
Bahagian jualan makanan paling seronok dikunjuangi, banyak juadah tradisi Perlis |
Nasi lemak bungkus, masih 70 sen |
Inilah 'speciality' Perlis, pekasam ikan air tawar |
Inilah siput mentarang, bukan senang nak dapatkan dari pantai berlumpur di sepanjang pesisir pantai Perlis & Kedah |
Buah 'Munggai' sedap dibuat kari... terliurnya |
Rajinnya abang ni mengopek mentarang.. |
Isi mentarang yang dah dikopek, dijual dalam plastik, maklumlah sekarang ni surirumah semua pandai2 masak cuma tak berapa rajin jer, bak kata UAI- klik |
Burung puyuh yang dah siap untuk dipotong dan digoreng... 4 ekor rm10 jer- murah2 |
Ni lah pokok herba maman yang dibuat jeruk |
Jeruk maman, 'fames' di utara ni.. boleh try kat restoran Anjung Keli atau Warung Pokok Sawa |
Pelbagai jenis ikan, yang bestnyer telur ikan... |
Subscribe to:
Posts (Atom)