Sunday, January 29, 2012

Kg Kersek Homestay 2 ( KKH2 )

Kg Kersek Homestay kini menambah sebuah lagi unit yang dikenali dengan KKH2. Terletak bersebelahan KKH, homestay ini mempunyai 1 bilik yang dilengkapi dengan ruang makan dan ruang tamu. Tetamu yang agak ramai disediakan toto oleh tuan rumah, Makcik Indun dan Pakcik Abd. Razak. Homestay ini terletak di belakang Balai Polis Mata Ayer dan sangat dekat dengan restoran Warung Pokok Sawa.


 Pintu depan KKH2, bersebelahan KKH

Ruang tamu yang boleh muat lima orang kalau tak cukup katil


 Ruang dapur yang lengkap dengan peti ais


 Ada sinki dan meja makan untuk percutian yang sempurna.


 Katil berkembar dengan toto tambahan ada disediakan

Sunday, January 15, 2012

Perjalanan ke Phuket melalui Padang Besar

Catatan perjalanan ke Phuket, Thailand  tempoh hari  bersambung dalam posting ini.
Jalan ke Padang Besar melalui ladang tebu Chuping. Awal2 pagi nan hening dan damai...


Bandar Padang Besar masih lengang, namun dah banyak restoran2 kecil dibuka untuk breakfast.

'Money changer' pun dah buka dalam jam 7 pagi, tetapi pintu kecil je lah... 
Agensi insuran biasanya buka jam 9 pagi, tetapi pagi tu, kami terpaksa telefon minta tolong buka awal. Tapi owner nya ok, mesra pelanggan, siap bagi tip perjalanan ke sana, sebab kami pun first time ke sana...
Suasana di pusat imigresen Thailand, lengang tak macam kat Bukit Kayu Hitam, jenuh berbaris...


























Lepas chop pasport, bawa insuran kenderaan kita yang nak ke Thailand ke both ni untuk buat 'custom decralation. Jangan tak buat nanti kena roadblock kat Thailand.
Sebelum nak masuk Thailand, isi dulu minyak penuh2, harga kat sana ikut harga pasaran dunia... tuan/puan nilailah sendiri...
 
Dalam perjalanan ke Phuket, melalui Phattalung yang terkenal dengan Nenas- variety Sarawak.

Singgah sebentar di stesen minyak Shell.

Penat memandu, berhenti sebentar tengok2 barang kraftangan Thailand. Ramai juga penjual dikalangan muslim.


Kedai 7-Eleven banyak kat 'R&R' di sini. Minuman yang selalu dibeli- susu kotak Foremost... sedap juga & saiz pun lebih besar dari yang kat Malaysia.

Banyak pokok kurma yang ditanam untuk hiasan, Malaysia patut contohi...
Tandas pun ada kebudayaan Thailand tersendiri
Lagi 180 km ke Phuket, kami melalui Phang Nga yang banyak gua batu kapur
Signboard aluan dan penerangan ringkas tempat2 menarik (wisata) apabila masuk ke wilayah tertentu.
Akhirnya tiba di Phuket selepas perjalanan hampir 10 jam... huih letih2. Cari restoran muslim kat depan masjid sebelum sampai ke pantai Patong. Lepas makan baru cari hotel pulak...



Kategori: Activities - Aktiviti melepasi Sempadan-  Phuket melalui Padang Besar.




Monday, January 2, 2012

Santapan Diraja di Warung Pokok Sawa, Mata Ayer


Pada 21 Disember 2011, Restoran Warung Pokok Sawa, Mata Ayer menerima tetamu VVIP, DYTM Raja Muda Perlis dan DYTM Raja Muda Selangor.

 Meja tetamu VVIP, kelihatan MB, Dato' Seri Dr. Md Isa b Sabu bersama tetamu ke Bawah Duli Tuanku. 
 Meja tetamu Diraja membelakangi banner majlis santapan.


 Pagawai2 protokol Istana Arau, Perlis

 Tetamu2 pegawai pengiring DYTM Raja Muda Selangor

Bergambar kenangan bersama Raja Muda Perlis, Raja Muda Selangor, Syed Rino Hakem (pewaris Warung Pokok Sawa, dari Allahyarhamah Pn. Norma), En. Hassan and Dato Norizan

Banner aluan majlis 

 Warung Pokok Sawa dihiasi cantik.
Keberangkatan DYTM selepas Majlis Santapan Diraja.

Menu kampung selera orang2 Perlis yang dihidangkan, keli goreng (deep fried)- memang rangup dan sedap, gulai buah nangka, kerabu taugeh, sambal dan ulam-ulaman.

Homestay yang terdekat dengan Restoran Warung Pokok Sawa ini - MAH, KKH, KTH

Terima kasih kepada pihak pengurusan Restoran Warung Pokok Sawa yang sudi membenarkan gambar2 ini di'upload'kan dalam laman ini.

Sumber: http://www.facebook.com/pages/Warung-PokokSawa/131074314893

Kategori: Places of Interest- Where to eat - restoran Pokok Sawa 

Homestay Kasih, di Taman Indah, Arau

Homestay Kasih di Taman Indah Arau menawarkan 3 buah bilik yang luas. Antara kemudahan yang disediakan di sini ialah:-
3 buah bilik berhawa dingin
2 buah bilik air
Set TV
Dapur
Peti ais dll

Beralamat di :-
No 8, Jalan Indah 2,
Taman Indah,
02600 Arau,
Perlis

Harga yang ditawarkan semalam ialah RM220 sahaja. Berbaloi untuk tetamu yang ramai.


Pintu depan Homestay, ruang parkir kereta yang luas.

 
Ruang tamu yang luas.  

Dapur yang luas 
 3 buah bilik yang dilengkapi aircond?
 Gambar ruang tamu dari pintu masuk.

 Ruang tepi rumah yang luas
Kategori: Homestay Arau
Lokasi GPS:   E:100°18’13.1”N:6°26’18.3”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...