Thursday, November 24, 2011

Destinasi baru Perlis, FRIM Mata Ayer

FRIM Mata Ayer terletak di Kaki Bukit, Perlis iaitu kira2 30 km dari bandar Kangar, tetapi hanya 10 km ke Padang Besar. Keunikan hutan di sini ialah kerana ia satu2nya hutan Monsun Tropika di Semenanjung Malaysia kerana ia terletak paling utara berdekatan dengan Hemisfera Utara.

Di pusat kajian FRIM ini terdapat lebih kurang 40 pokok jati yang tertua di Semenanjung Malaysia, iaitu ditanam pada tahun 1953 (kira2 58 tahun- 2011). Pokok2 Jati ini berasal dari Pulau Langkawi.

Pokok2 balak yang berasal dari Negeri Perlis ialah 'Meranti Temak Nipis', juga terdapat di plot kajian di sini.

Baru2 ini terdapat satu lagi tarikan ke Pusat Penyelidikan Hutan ini, iaitu pembinaan 'Canopy Walk'. Ia adalah satu kemudahan yang disediakan untuk memudahkan Penyelidik menkaji pokok2 balak seperti kajian penyakit, bunga2an, buah dan biji benih yang dihasilkan oleh pokok2 balak yang tinggi2 ini. Bahagian 'Canopy Walk' yang paling tinggi ialah 17 meter, dan paling rendah ialah 6 meter, berjarak 100 meter panjang.


Pengunjung ke sini boleh menikmati suasana hutan dan melihat pokok2 kayu balak yang besar2 dan tinggi2. Terdapat 2 buah 'guest house' yang boleh disewa pada kadar yang berpatutan.

Bagi penggemar koleksi pokok2 hutan dan eksotik, jualan anak2 pokok dan khidmat nasihat juga diberikan. Anatara anak2 pokok yang dijual disini ialah:- Jati, Mahogani, Khaya, Meranti Temak Nipis(Meranti Perlis) dan lain2.


Pintu masuk ke FRIM Mata Ayer, Kaki Bukit, terdapat pokok jati dan pine yang berusia lebih dari 30 tahun di kiri dan kanan jalan masuk.


Tapak perkhemahan yang disediakan, bersih dan lapang dengan pelbagai kemudahan yang disediakan.



Kem PLKN Guar Cenderai terletak di dalam kawasan plot kajian pokok2 Jati tertua di Malaysia.





'Canopy walk' yang panjangnya kira2 100 meter dengan ketinggian purata 11.5 meter.



Suasana perkhemahan yang cantik kerana pokok2 hutan yang ditanam secara tersusun dan tiada semak samun di bawahnya.


Pines Caribea ditanam pada 1974, berasal dari Kepulauan Honduras.




Log Kabin yang dihiasi dengan kepingan asli kayu2 jati.





Pandangan hadapan Log Kabin yang boleh disewa pada harga RM90 semalam.


Keadaan bilik di dalam Log Kabin dan kemudahan yang disediakan. Alangnya dibuat dari kayu 'Meranti Merah Muda'.





Jualan anak pokok juga disediakan. Contohnya anak pokok Khaya Ivorensis, hanya berharga RM2 sahaja.


Inilah hasilnya selepas 10 tahun. Pokok Khaya sangat mudah ditanam, dan ia bersifat 'self-pruning' tidak seperti pokok jati, jika tidak di cantas dahan, pohon jati akan menjadi rendang dan tidak sesuai untuk dikomersilkan kayunya. Kayu pokok Khaya sesuai untuk perusahaan perabot kerana kayunya yang sederhana keras.




Plot kajian pokok 'Merawan Siput Jantan' yang padat kayunya, dan juga pokok 'Khaya Invorensis'


Galeri FRIM yang dalam pembinaan.




Pokok minyak kayu putih, daunnya berbau seperti minyak 'cap kapak'


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...