Friday, December 31, 2010

Pelajar UMT teruja

Aktiviti mengail puyu di depan MAH memang sudah tidak asing lagi. Ketibaan tetamu dari Universiti Malaysia Terengganu pada 31 Dis. 2010 menjadikan suasana aktiviti mengail bertambah meriah. Ada di kalangan pelajar UMT yang tidak sempat 'Check in', dah teruja menonton pengail2 di kalangan penduduk tempatan menjalankan aktiviti hobi mereka.






Bas UMT diparkir depan MAH

'Ade ikang ke kak?'... ' saya dah dapat lapan ekor, ni ada dalam bekas air ha..'

Pn Ina dan anak saudara, Murshidi jadi tumpuan, sampai ada yang meminjam joran..

Ha.. dah dapat pun


Langkah keselamatan- jangan lupa bawa sarung tangan.... Umpan pun ada jual dalam tin.








Selamat datang 'Winter Wind' - Jan-Apr

Perlis yang terletak paling hampir dengan 'Garisan Jadi' (garis lintang yang menandakan kedudukan Matahari tegak yang paling jauh ke selatan) akan menerima 'Winter Wind'. Peristiwa ini berlaku hanya sekali dalam tempoh setahun, iaitu ketika solstis Disember di mana hemisfera selatan Bumi paling condong ke arah Matahari. Tempohnya juga dikenali dengan Monsun Tropika dan "WINTER WIND" (Angin Monsun Timur Laut dari Teluk Siam).

Biasanya Suhu (21-32 darjah celcius) dan ketika inilah penduduk Perlis akan menghadapi Musim Kering (Jan-Apr) manakala Musim Hujan pada Mei sehingga Disember.

Aktiviti yang biasa dilakukan oleh masyarakat tradisional Perlis ialah seperti pertandingan Wau dan ketika inilah musim menuai dilakukan. Tetapi kini akibat amalan pertanian moden, musim menuai sudah tidak semeriah dulu- dimana padi yang dituai akan diayak dan ditampi ditengah padang dengan bantuan dari 'Angin Timur' atau 'Winter Wind' ini.

Bandar Kangar bersuhu bawah 26 'Celcius pada jam 10 pagi

lagi artikel tentang 'winter wind'

Monday, December 20, 2010

Festival Pelancongan Perlis

Faestival Pelancongan Perlis di Tasik Melati bermula dari 21 sehingga 23 Disember 2010.

Klik sini untuk berita lanjut

Maklumat lanjut tentang homestay atau Guesthouse (rumah tetamu) di Perlis- klik sini

Sunday, December 12, 2010

Wow hebat!

Restoran ini asalnya sebuah rumah teres 'corner lot' dan didekorasikan dengan sebegitu rupa membuatkan ramai pelanggannya terpegun bila menjejakkan kaki ke sana. Difahamkan kos renovasi sahaja mencecah RM100k.

Jika tuan puan berkunjung ke sana pastikan anda
naik ke atas untuk menikmati keindahan dan ke kreatifan pemiliknya menghiasi restoran ini.


Siling di hiasi dengan kain berdekorasi batik menutupi atap rumbia

Lantai kaki lima di tingkat dua restoran, ditanam dengan rumput karpet.

Shofiyah Raudhah seronok bermain di beranda (verandah) yang diletakkan 'meja Jepun' untuk pengunjung menikmati hidangan.

Pintu depan yang penuh dengan lampu hiasan
Bagaimana nak ke sana:-
Kedudukan restoran ' D' Dapur Ibuku' ini ialah bersebelahan dengan bangunan JKR Kangar, berhampiran highway Changlun Kuala Perlis, dari Kangar ke Utan Aji.
Masa yang sesuai untuk melihat lampu hiasan dan menikmati keindahan dekorasinya ialah pada sebelah malam. Tetapi pastikan anda sampai awal untuk mendapat tempat di tingkat atas.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...