Pages

Friday, November 5, 2010

Restoran yang bertahan ketika banjir di Perlis

Pn Norhayati, tuan punyai restoran.
Hiasan restoran yang simple dan unik

Pandangan restoran dari laluan ke Kangar


Restoran Thai Tie Tom Yam, yang dimiliki oleh Pn Norhayati Nordin dan suami menjadi salah satu tumpuan bagi penduduk yang rumah mereka ditenggelami air. Jejawi dan Mata Ayer adalah antara kawasan kejiranan yang bebas banjir di Perlis, kehidupan disini berjalan seperti biasa, walaupun pusat pentadbiran Perlis lumpuh sewaktu banjir dari 1November sehingga tarikh yang belum diketahui lagi(ketika posting ini di taip, bandar Kangar belum berfungsi lagi).
Pn Norhayati berasal dari Skudai, Johor berhijrah ke Perlis mengikut suami beliau yang berasal dari selatan Thai untuk berniaga di Jejawi Perlis. Keunikan restoran ini, tukang masak ialah suami Pn Norhayati sendiri dengan dibantu oleh saudara mara mereka dari selatan Thai. Masakan yang diorder sangat cepat disiapkan berbanding degan restoran lain. Masakannya ala thainya juga sedap. Blogger gemar order daging atau sotong goreng kunyit. Gorengannya kering tidak berminyak dan rapuh. Emmm....
Alamat restoran jika memandu keluar dari Mata Ayer Homestay, ambil jalan Arau ke Kangar, selepas persimpangan lampu isyarat ke JPJ, buat U-Turn, restorannya bersebelahan restoran Al-Sagoff(restoran famous untuk sarapan pagi).
RESTORAN THAI TIE TOMYAM,
43, PEKAN JEJAWI,
01000 Kangar, Perlis
017-4701172

No comments:

Post a Comment