Pages

Monday, November 8, 2010

Catatan banjir di rangkaian Homestay

Banjir di Perlis pada awal November 2010 menyukarkan kehidupan majoriti penduduknya. Alhamdulillah, rangkaian homestayperlis.blogspot.com dapat bertahan dengan semua kemudahan, air dan elektrik seperti biasa. Kami ada menyediakan sumber air alternatif dari perigi yang dipamkan.

Dalam gambar: 4 pelajar UiTM Perlis, dari kanan Nor Suhaila, Nur Amalina, Nurul Asyikin dan Nurul Nadiah, semuanya dari Terengganu tiba jam 10 malam 4 Nov. di KTHA selepas peperiksaan semester untuk mandi dan mencuci pakaian.




Taklimat gerak kerja Skuad Prihatin ABIM di ruang tamu Mata Ayer Homestay sebelum bergerak ke lapangan.
Sukarelawan ABIM terdiri dari pelajar kolej, bermalam di KTHA. Suasana pagi sebelum bertolak ke lapangan.

Antara aktiviti yang dijalankan oleh sukarelawan ABIM di kawasan penempatan banjir.

Dalam suasana banjir teruk yang melanda kawasan utara Semenanjung ini juga, Homestay Mata Ayer (MAH) menjadi penempatan bagi 4 orang sukarelawan dan seorang Doktor HKL dari ABIM Pusat yang tiba di Perlis pada malam 4 November 2010. Manakala Homestay Kampung Hutan Temin A menempatkan pelajar2 kolej yang menjadi sukarelawan.


KTHB juga tidak ketinggalan dalam Corporate Social Responsibility (CSR)nya. Unit ini menempatkan sebuah keluarga iaitu Cikgu Padilah dari SMK Perlis yang rumah beliau di Taman Perlis ditenggelami banjir. Caj yang dikenakan adalah pada harga diskaun.

No comments:

Post a Comment