Friday, April 28, 2023

Restoran Ikan Bakar Abang Janggut, Kuala Perlis

Kepada peminat seafood dan ikan bakar, Restoran Abang Janggut bersebelahan Stesen Minyak Petronas jalan Kangar-Kuala Perlis boleh dicuba. Menu yang disediakan adalah dalam bentuk set dan penyediaannya adalah sangat cepat. Pelanggan tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan menu yang di tempah.
Kawasan parking yang luas dan percuma, suasana yang lapang dan bersih, pastinya dapat memberikan keselesaan kepada pelanggan.


Suasana keadaan restoran yang lapang.

Menu dalam bentuk set.

 

Wednesday, March 15, 2023

Nira Klasik, Simpang Empat, Perlis

Restoran Nira Klasik di Simpang Empat ini adalah destinasi wajib bagi pengunjng ke Perlis. Pengunjung bukan sekadar dapat menikmati air nira nipah, pelbagai menu disediakan dan pengunjung juga boleh menyewa perahu kecil untuk dikayuh bersama keluarga di kawasan air sekiling pohon nipah. 








 

Restoran Port D'Lepak, bersantai tepi laut.

Restoran Port D'Lepak terletak di tepi laut. di Kampung Sungai Berembang, Kuala Sungai Baru, Perlis atau boleh klik  

Pengunjung dapat menikmati juadah makanan laut yang simple sambil bersantai mendengar deruan ombak dan angin laut. Dari situ, pengunjung juga boleh melihat Pulau Langkawi dan Pulau Batu Layang. Pemandangan perkampungan nelayan Kuala Sungai Baru juga jelas kelihatan dengan aktiviti kanak2 yang bermain air laut dan mencari siput dan ketam. Pengunjung ke sini dapat merasai suasana tersebut dengan santai sambil menikmati juadah yang dihidangkan.


Sunset di Port D'Lepak.


Menu Bawal Goreng panas.

Kelihatan Pulau Batu Layang di tengah laut. 



Menu sotong bakar


Antara menu yang ditawarkan

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...