Monday, November 7, 2022

Apa ada di Pekan Mata Ayer?

 Pekan Mata Ayer mempunyai pelbagai kemudahan kepada mereka yang bermusafir ke Perlis. Terdapat kedai 7Eleven, restoren, kedai2, klinik, pusat dobi, pejabat pos, pasaraya, ATM (Bank Rakyat) atau ATM CIMB di depan Kilang Simen dan kedai hardware.  


MENGINAP DI PERLIS DAN MENEROKA PANORAMA PERLIS (KLIK)





Ayam goreng panas.





Ayam goreng terfemes di Pekan Mata Ayer.







Sunday, November 6, 2022

Tetamu dari Taiping, Perak

Bas Sekolah SMK King Edward ke-7 bertamu di KTH Homestay & Chalet.

Menarik membaca sejarah permulaan penubuhan sekolah ini di Taiping pada sekitar tahun 1883. Nama King Edward ke-7 adalah Raja England selepas kemangkatan Queen Victoria.                                                                                                                                                                                                                                                    

 MENGINAP DI PERLIS DAN MENEROKA PANORAMA PERLIS (KLIK)







Tuesday, October 18, 2022

Meronda di Empangan Timah Tasoh

    Pengunjung ke Perlis dapat bersiar-siar di dalam Empangan Timah Tasoh melalui perkhidmatan bot sewa yang disediakan diSanctuary Ikan Air Tawar ini. Dengan kadar sewaan yang sangat berpatutan (sewaan harga Perlis) Pengunjung akan dibawa ke sudut Empangan yang cantik untuk diambil gambar. 

    Perjalanan menaiki boat ini adalah selama 30 minit, dan anda pastinya akan merasai perjalanan seperti memasuki taman jurasic, kerana pengunjung dapat melihat kawasan sekeliling empangan berlatarbelakangkan Bukit Chabang yang tersergam indah, Bukit Manik dan Banjaran Nakawan tanpa sedikit pun kelihatan apa-apa struktur binaan moden di sekitarnya. Bagaikan anda berada di set pengambaran filem King Kong..

 Untuk maklumat lanjut, hubungi 011-5760 0702


Sanctuary Ikan Air Tawar, Empangan Timah Tasoh.

 

Pelantar bot di bahagian Sanctuary Ikan Air Tawar

Tapak perkhemahan juga disediakan

Panduan spesis ikan air tawar

Bot pelancong sedang memulakan perjalanan.

Tasoh Lake Resort dari pandangan dalam tasik.

Sudut yang lain, pemandangan Tasoh Lake Resort.

Kami bertemu dengan nelayan tasik yang sedang menarik pukat.

Pemandangan menakjubkan

Pemandangan Bukit Chabang dan tumbuhan air berbunga kuning.

Pemandangan Bukit Manik dari dalam empangan.

Bot meninggalkan pangkalan

Pelantar bot dan sangkar ikan.

Gerai2 yang menjual pelbagai juadah ada di sini.


Pengunjung boleh memberi makan ikan2 yang diternak di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...